Social Icons

Selasa, 23 Februari 2016

Bukan Semua Mampu Berjuang Dan Orang Yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan!!

Bukan Semua Mampu Berjuang 

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran 
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam 
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa 
kecuali kesusahan dan penderitaan
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah 
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang 
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar
Dan mempunyai ilmu yang memandu 
perjalanan hidup para pejuang

Orang yang setia dan telah menjual dunianya 
untuk Tuhannya sahaja yang tahan 
Orang yang memandang Akhirat itu besar, 
dunia itu amat hina

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah 
dan piknik-piknik
Berjuang adalah berkorban
Berkorban, terkorban

Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan 
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, 
memerlukan kesabaran 
Berjuang adakalanya terbuang, 
tidak kurang juga ke penjara 
Kemuncaknya mati dibunuh orang
Para pejuang bukan senang hendak setia 
dengan pemimpin
Bukan mudah bersama pemimpin 
di waktu susah dan senang 

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran 
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima 
Orang datang pula kembali berjuang
 Apabila di waktu disanjung orang, 
kita pun macam singa garang 
Apabila mendapat kesusahan 
lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan 
Nanti apabila terasa kena tipu, 
perjuangan diterima orang 
datang pula merayu-rayu ingin bersama 

Ini bukan pejuang sejati dan hakiki
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin 
Di waktu susah dan senang
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri
Mengatur strategi dan menunggu peluang
Bukan lari kerana menentang
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran 

______________________________________________________________

Orang yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan 

Di dalam jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama 
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik, 
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya 
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi 
payah sampai ke hujung perjuangannya 
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran 
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin 

Biasanya orang yang boleh kekal
di dalam perjuangan kebenaran 
Dari permulaan hingga ke destinasinya 
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya 
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah 
tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego 
Yang mudah memberi taat dan setia 
Orang yang ingin membaiki diri 
di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya 
untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai 
sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya 
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang 
sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah 
dalam perjuangan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text