***Keajaiban Bulan 5***
Salam ceria.Bila melihat angka jualan di restoran-restoran GISBH rasa macam tak percaya. Macam ada satu peningkatan di bulan lima ni. Macaaamm!!! Ada yang mencapai jualan lebih RM8K satu hari! Ada yang hampir RM7K satu hari. Ada pula yang RM6K. Ada yang RM4K.
GHC di Behrang 2020 baru je buka tak sampai sebulan, dari jualan RM41 hari pertama di buka 4hb Mei, jualan mencapai RM1236.15 pada 25hb.Mei. Tak sampai 1 bulan. Singgah la, kalau dari utara tu ‘exit’ tol Behrang, nanti jumpa Bandar Behrang 2020, kafe ni sebelah kiri. Kalau nak masuk highway PLUS semula, masuk kat tol Tg Malim. ‘perghh siap kempen kalau tak singgah juga, tak tau la…’. Yang dari selatan nak ke utara, ‘exit’ tol Tg Malim, jalan terus menuju tol Behrang, nanti jumpa kafe ni sebelah kanan. U turn sikit kat traffic light.
Kafe Nur Ikhwan, Shah Alam mencapai jualan RM8212.95 pada 14hb Mei. Fuuh! Tinggi gila jualan. Azam Jaafar ada petua apa sampai tinggi jualan! Mungkin pada orang lain biasa je, anjang lihat luar biasa. Pada 26hb pula mereka capai jualan RM5390.80. Restoran di KT jangan cakap la, setiap hari RM2K-3K. Begitu juga Putrajaya dan Jingga.
Kat luar negara pun ada peningkatan, kalau tengok Love & Care Cafe, Perth pada 29hb Mei ni dapat RM5245.40. Di Istanbul, Turki Restoran Malezya Lokantasi pada 26hb jualannya RM6937. Banyak tu!! Di Ikhwan Cafe, Geraldton pula, pada 6hb 5, RM5325.35, cantik nombornya, banyak no 5. Di Irbid 2K-3K setiap hari tu biasa je.
Bulan 5 ni banyak keajaiban. Lebih ajaib dari itu, bila anjang tanya sebahagian pengurus-pengurus restoran ni, apa yang mereka buat sampai jualan meningkat-ningkat, jawapan mereka sama. Macam berpakat pulak. Tapi tak mungkin. Tak mungkin mereka berpakat. Tak kan Azam di Syeksen 13 berpakat dengan Darda’ di Al Fatih, Istanbul, berpakat pula dengan Shahidah Manok di Perth, berpakat dengan lain-lain untuk memberi jawapan yang sama. Tak mungkin. Jawapan mereka;
“Semunya sebab berkat.”
Masing-masing tak mengaku mereka berbuat, semuanya adalah keberkatan. Indahnya bila hati boleh elakkan dari rasa berbuat. Tanpa didikan, tanpa keberkatan kita tak mampu menepis gangguan rasa:
“Kalau bukan air tangan aku, tak selera pelanggan makan. Kalau bukan kerana aku, jualan tak meningkat! Kalau aku tak ada, kau tengok la, merudum habis. Dulu masa ana bertugas di kafe, ramai je pelanggan. Dia orang ni servis teruk, tak ada jiwa, kalau ana ada….”
Bukan mudah buang perasaan itu. Tapi wajib dibuang. Kalau tak buang. Datang kematian. Mati tanpa Qalbin Salim. Sebab itu ketika azan, kita akan menjawab semua kalimat azan mengikut apa yang muazzin laungkan tetapi tidak ketika ‘haiya 3las Solah’ dan ‘haiya 3alal falah’, jawapannya ‘La hawla wala Quwwata illa billahil 3aliyil 3azim’. Kita nafikan kekuatan diri, upaya diri. Semuanya dari Allah. Kita tak mampu. Hanya Allah yang memampukan. Bukan kesihatan kita. Kalau kuat, sehat, otot badan berketul-ketul. Ada six packs sekalipun, kalau Allah tak sudi menerima kita dalam majlis-Nya, kita tak akan mampu berdiri menyembah-Nya.
Kalau bukan kerana kehendak dan kurnia Allah, walaupun rumah kita di tepi mehrab masjid, kita tak akan mampu solat di masjid. Tuhan tak sudi menerima kita.
Kalau kaya raya sekalipun. Kenderaan mewah, duit berjuta, kalau Allah tak suka kita menghadiri pertemuan rasmi dengan-Nya, dahimu tak akan menyembah bumi sujud pada-Nya. Kamu kehilangan Tuhan dalam kekayaanmu.
Malah kalau kita alim hukum hakam. Mahir fiqah malah ilmu kalam. Petah berhujah, pandai memberi kuliah. Kalau Allah yang Maha Adil tak meredhai dirimu, kamu akan merasa sangat payah untuk menyahut seruan azan menunaikan tanggung jawab sebagai hamba.
Bagaimana kita nak menang kerana kemenangan mesti didahului dengan mendirikan sembahyang. Bukan sekadar sembahyang tetapi mendirikan sembahyang. Mendirikan segala rasa-rasa kehambaan dan segala rasa-rasa bertuhan dalam sembahyang. Mendirikan segala tuntutan sembahyang di luar sembahyang.
Itulah kemenangan yang diiktiraf. Selain dari itu, kalau nampak menang, sembenarkan bukan menang. Bukan kemenangan yang hakiki. Menang hakiki mesti bersama khusyu’. Bersama hati yang tak putus dengan Tuhan. Diri hanya hamba yang lemah dan hina. Segala kebaikan adalah dari keberkatan orang-orang yang berkat, berasal dari keberkatan Allah Taala.
Tabarakallazi biyadihi mulk….
Rupa-rupanya, di bulan 5 inilah pernah berlaku peristiwa yang sangat besar dalam sejarah Islam iaitu, berlaku realiti pembuktian hadis Nabi yang telah ditunggu-tunggu ratusan tahun iaitu terbukanya Kota Konstantinopel. Tepatnya pada tarikh 29 Mei 1453 bersamaan hari selasa, jatuhnya Kota Konstantinopel di tangan Sultan Muhammad Al Fateh, setelah dikepung mulai 4 April 1453 bersamaan hari Jumaat.
Sekarang semua umat Islam menunggu kebenaran pembuktian hadis Rasulullah SAW, Islam akan bangkit semula di akhir zaman membawa kedamaian dan kasih sayang. Moga-moga berlakulah dalam masa terdekat dengan keberkatan.
Kafe Schatie, Muhammed Samiha, Iqamah Jauhar, Casablanca,
Morocco.
2.12pm, Mei 30, 2016
0 ulasan:
Catat Ulasan