Social Icons

Khamis, 23 Jun 2016

Harga Diri dan Kemulian Seorang Insan.

Oleh: Ayahanda AlFadhil Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Iman adalah bak harta yang paling berharga buat seorang insan. Barangsiapa dalam hidupnya dimuka bumi ini berjaya meghasilkan banyak iman maka ia akan menjadi seorang yang beruntung dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat kelak. 

Sebaliknya barangsiapa gagal menghasilkan iman di mayapada ini akan rugi dan kecundang hidupnya didunia dan bernasib malang serta hidup sengsara di akhirat.

Iman adalah percaya yaqin wujudNya Allah Pencipta, pemilik, Pentadbir dan penguasa yang berkuasa penuh keatas segala2 nya; alam syahadah yakni alam nyata: bumi, langit dan segala isi kandungannya. 

Dan Alam Ghaib: Alam Roh, Alam Malakut, Alam Jin, Alam Akhirat (Syurga-Neraka) dan lain2 lagi. Tak ada sebutir pasir yang berada di dasar laut yang terlepas dari penglihatan Allah dan tak ada sehelai daun yang gugur di atas muka bumi tanpa pengetahuanNya. Segala lintasan hati manusia diketahuiNya. Dia lah Tuhan yang tiada Tuhan selainNya yang memiliki segala sifat kesempurnaan. 

Iman adalah percaya yaqin bahawa kita makhluk manusia akan menyambung hidup diakhirat yang kekal abadi selepas mati dengan menempuh Alam Barzakh, Alam Mahsyar dan titian Siratal Mustaqim menuju ke Syurga untuk menerima balasan kesenangan dan segala nikmat kelazatan hidup yang kekal abadi bagi orang2 yang beriman dan taatkan Allah ketika hidup di muka bumi. 

Dan akan berjatuhan ke jurang neraka untuk menerima azab yang maha pedih lagi kekal bagi hamba2 yang kafir, murtad, munafiq dan Syirik. Dan siksaan beberapa lama bagi orang yang mati membawa walau sekelumit iman tetapi membawa dosa melebihi pahalanya yang tidak bertaubat diatas dosa2nya. 

Iman merupakan tenaga dalaman yang membentuk peribadi mulia seorang manusia. Iman mendorong seseorang hidup dalam kebenaran: bersifat jujur amanah, pengasih-penyayang, pemaaf, pemurah, berbelas-kasihan, merendah diri, bersyukur dan berpada dengan apa yang berjaya diusahakan, bersabar membuat suruhan dan menjauhi larangan serta dalam menghadapi ujian dan karenah hidup, redho dengan takdir Allah. Cinta dan takut padaNya. Merindui Nabi dan menjadikannya contoh ikutan dalam cara hidup. Merindui Syurga dan dan gerun dengan Neraka. 

Iman menjadi teman di kala keseorangan kerana bertemankan Allah di Alam Tinggi (Rafiqul A'ala). Iman menjadi penghibur dikala duka ditimpa ujian dan musibah. Ianya merupakan kekayaan dalam kemiskinan. Penawar ketika sakit dan iman adalah segala2nya. 

Oleh itu perjuangkanlah iman. Kerahkanlah seluruh tenaga, akal-fikian, jiwa-raga serta harta-benda untuk mendapatkan iman dengan menguasai ilmu pengetahun Islam: Quran, Hadith, Sejarah Islam bersangkut dengan Aqidah, Syariat, Akhlak dan perjuangan Islam serta mengenali musuh2 Islam seluas mungkin. 

Dapatkan pimpinan dan bimbingan ulama' yang roseikh yang menguasai ilmu Islam serta beramal dengannya. Hidup dalam kumpulan orang mukmin yang diikat dengan tali persaudaraan islami dan berkasih-sayang. Bergotong-royong membangunkan sistem hidup Islam berpaksikan tauhid, syariat dan akhlak Islamiah dibidang ekonomi dengan mewujudkan muamalah, pemakanan dan kaedah rawatan secara Islam. 

Di bidang pendidikan: Nurseri, Tadika dan pengajian secara Islam yang ada ilmu, tarbiah dan riqabah. Di bidang kebudayaan: hiburan yang mendidik (Nasyid, drama, telimovi). Inilah tiga aspek besar yang mencorak cara hidup Islam yang berperbadi agung, yang selamat dan dapat menyelamatkan. Yang boleh jadi suri teladan untuk dimanafaatkan bersama oleh seluruh masyarakat Islam dalam negara malah di seluruh pelusuk dunia. 

Di kala Saidina Bilal bin Rabah dihina oleh pembesar Quraisy dengan kata2 hina "Hei Bilal! Sedarlah diri kamu seorang hamba Habsyi yang hitam. " Maka dengan penuh ketenangan Bilal menjawab. "Wahai pembesar2 Quraisy. Harga diri seorang manusia bukan seperi harga seekor unta yang boleh disembelih dan dijual dagingnya tetapi harga diri seorang manusia itu adalah bila sekeping hati dalam dadanya beriman ampuh kepada Allah penciptanya." 

Allah swt berfirman "Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah (takutlah) kamu kepada Allah dengan sebenar2 Taqwa (takut) dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim (beriman kepada Allah). 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text