Social Icons

Ahad, 19 Jun 2016

Tidakkah Anda Merindui Syurga Allah

Paparan berikut adalah tulisan dan luahan hati oleh Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten - Satu pesanan dan peringatan dari seorang yang sedang melihat alam akhirat itu lebih utama agar kita selaku anakcucunya dapat merenung diri kita....Silakan kita sama-sama menghayatinya...

Setiap insan mengimpikan malahan merindui sebuah kehidupan yang senang lenang, serba indah dan penuh nikmat kelazatan. Bertempat tinggal di kawasan pergunungan yang berhawa dingin yang berpanorama terbentang indah dengan deretan bukit bukau yang menghijau dan membiru serta aliran anak2 sungai yang menderu jernih. 

Bersama suami-isteri tercinta dan anak2 tersayang. Tinggal di banglow mewah yang pekarangannya di kelilingi permaidani rumput menghijau dan taman bunga. Mewah dengan makan-minum dan pakaian. Hidup sihat dan segar-bugar. Bebas dari ancaman jenayah dan kacau-bilau. Punya kawan2 dan teman2 yang baik dan setia. 

Namun kepuasan hidup bukan apabila kita dapat apa yang kita impikan dan idamkan tetapi bila kita berpuas hati dengan apa yang Allah takdirkan buat kita. Lagi pun di dunia tak ada kepuasan yang optima. Kepuasan optima hanya ada dalam Syurga di akhirat sana. 

Kesenangan hidup di dunia hanya sementara dan akan lenyap bila didatangi kematian. Terpisahlah kita dari harta kekayaan, rumah, kereta, jawatan serta gelaran yang dibangga-banggakan buat selama-lamanya. Tinggal lah isteri tercinta, anak-anak tersayang, nikmat makan minum dan puncak nikmat dalam hidup yakni nikmat perhubungan intim suami-isteri.

Didunia ini tak ramai orang yang hidup senang-lenang, serba mewah dan sihat wal afiat. Kebanyakan manusia hidup sederhana saja dan ramai pula yang fakir-miskin dan merempat. Lelaki inginkan isteri cantik. Wanita inginkan suami kacak dan maco. Tetapi di dunia ini wanita cantik dan lekaki maco tak ramai - kalaupun ada hanya dalam bilangan jari. Wanita cantik pula biasanya besar ragamnya dan mudah jadi tak setia. Lelaki kacak mudah jadi mata keranjang dan curang. 

Allah menjanjikan kehidupan yang maha hebat di akhirat sana yakni didalam Syurga Nya selepas mati.

Ramai manusia yang hidup hebat di dunia ini akan hina dan sengsara di akhirat nanti kerana bersikap sombong, kikir dan banyak berbuat dosa dan noda. Sebaliknya sebahagian manusia yang serba kurang hidup di dunia, akan hidup mulia dan senang-lenang di akhirat nanti kalau ia beriman dan bertaqwa. 

Firman Allah "Hari akhirat adalah hari di mana harta benda dan anak-pinak sudah tak berguna lagi, kecuali barangsiapa yang mati membawa sekeping hati yang selamat sejahtera yakni beriman dan bertaqwa (bersih dari syirik, nifaq, kufur, maksiat, mazmumah dan fahaman sekular)."

Di Syurga sana Allah sediakan mahligai2 tempat tinggal yang tersergam indah yang di perkarangan nya dihiasi taman bunga yang amat cantik - tiada bandingannya sedikit pun dengan apa yang pernah ada di dunia. Panoramanya terbentang luas dengan deretan bukit bukau dan aliran anak-anak sungainya. Udaranya sentiasa nyaman dan harum semerbak. Disediakan makan-minum yang amat lazat cita-rasa tanpa usaha. Berkumandang alunan muzik yang amat merdu tak jemu didengar. Gemerencingan dedaun pohon syurga melahirkan simponi sembilan puluh sembilan jenis alat bunyian mengiringi suara merdu para bidadari. Suara Nabi Daud mengalunkan bacaan kitab Zabur. Suara Nabi Muhammad membaca surah al Mulk dan suara ketuhanan dengan bacaan surah ar Rahman. 

Penghuni Syurga kekal hidup muda-belia, lawa, sentiasa sihat dan bertenaga. Tinggal di mahligai yang tersergam indah. Lengkap dengan alat perabut dan tilam empuk tempat berguling-gelantang suami-isteri. Lelaki Syurga ditemani ramai para bidadari yang cantik rupawan dengan berbagai rupa yang kekal muda dan bikir-dara. Berwajah ayu, bermata jeli, bersusuk tubuh yang memberahikan. Berpinggang ramping, berdada mekar, berambut ikal dengan lenggang-lenggok jalan yang lemah-gemulai amat memberahikan. Berkulit putih-gebu dan bermulut kecil-mongel. Bersuara seksi mempesona. Bergaya romantis dan penuh cinta. Ini di cerita didalam al quran dan Allah berfirman dalam surah ar Rahman "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan."

Entah apa2 lagi yang tiada kata secantik bahasa nak di bayangkan. Bidadari Syurga terlalu cantik - tiada bandingan dengan mana-mana wanita dunia yang paling cantik. Manakala wanita solehah dari dunia jauh lebih cantik dari bidadari, jadi ketua bidadari bagaikan permaisuri agung. Tidak ada lagi rasa cemburu walau sehabuk sesama mereka. 

Allah cabut rasa hasad dengki dari hati mereka dan duduk lah mereka dengan penuh kasih-sayang. Segala apa yang manusia idamkan semua disediakan oleh Allah untuk dijamu didalam Syurga. Allah turunkan nikmat ke dunia hanya satu dari seratus, bakinya sembilan puluh sembilan lagi di simpan untuk dijamu di akhirat.

Sekali mengecapi nikmat syurga berterusan terbuai2 kelazatannya dan nikmat yang baru terus menerus di jamu dan dialirkan. 

Cintailah Allah dan takut lah padaNya. Rindui lah Nabi kita Muhammad saw dan ikutilah cara hidup Baginda. Bersabarlah dan bermujahadahlah melawan hawa-nafsu dan syaitan. Buat segala suruhan dan jauhi segala larangan. Bersabarlah dengan segala ujian dan karenah hidup agar kita berjaya. Janganlah terlalu ghairah dengan kesenangan dan kesedapan nikmat dunia yang sedikit dan amat sementara ini sampai kita lalai dengan Allah dan Rasul. Tak ingat mati. Tak kisah halal-haram. Tak fikir Syurga Neraka. Kelak kita akan ditimpa nasib malang dengan sejuta penyesalan. 

Para sahabat mendengar kisah keindahan kehidupan di Syurga yang Nabi ceritakan; cicir air liur mereka mengidamkan Syurga itu. Oleh itu bila dilaungkan seruan jihad, mereka korbankan harta mereka habis-habisan malahan nyawa mereka pertaruhkan untuk membela Islam. Mereka bertempur dengan musuh yang cuba nak lenyapkan agama Islam dari muka bumi di medan peperangan bagaikan kanak-kanak berhadapan dengan hari raya. 

Mereka mencita-citakan gugur syahid agar terus dihantar ke Syurga yang kekal abadi tetapi ramai yang tidak gugur syahid walaupun mereka menyertai peperangan demi peperangan. Allah berikan mereka kemenangan dan Allah biarkan mereka terus hidup untuk mereka melihat Islam terus gemilang. 

Saidina Khalid yang menjadi panglima tetara Islam sejak muda belia akhirnya mati di usia tua di ranjang pembaringan nya. "Khalid mati sebagai seekor kambing tua" ungkapan Khalid  tetapi beliau sebenarnya mendapat pahala seratus syahid."

Renungilah dan fikirkan lah wahai pembaca sekalian. Wallahu a'alam.


Bandar Country Homes, 
14 Ramadhan 1437H / 19 Jun 2016

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text