Social Icons

Khamis, 23 Jun 2016

Rahsia Indahnya PerkahwInan Dalam Islam.

Oleh: Ayahanda AlFadhil Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Tujuan berkahwin memang lah untuk berhibur dan berseronok2. Untuk memenuhi tuntutan fitrah yang mempunyai keinginan nafsu berahi terhadap berlawanan jantina. Dengan berkahwin dapat mengecap puncak nikmat dalam hidup secara halal dan terhormat. 

Sebab itu bila kita ajukan soalan pada seseorang "Kamu nak kawin tak?" Nescaya ia akan tersenyum simpul kerana terbayangkan hiburan dan keseronokan di alam perkahwinan. Tetapi kalau berkahwin semata2 dengan niat nak berhibur dan berseronok2 - untuk melampias kan tuntutan biology maka ikatan perkahwinan itu tidak akan kukuh. 

Tidak memenuhi kehendak Islam. Malahan mudah jemu, berkrisis dan bercerai-berai. Terutama bila behadapan dengan susah hidup. Susah mengandung, melahir dan menjaga anak. Kesempitan hidup. Tak serasi oleh perbezaan watak dan peribadi atau bila jatuh sakit yang berpanjangan atau sudah lanjut umur dan melemahkan prestasi hubungan seks.

Islam menuntut supaya nikah-kahwin itu dilaksanakan atas cita2 Islam: 

1. Niat kahwin itu dengan tujuan nak selamatkan diri dari perbuatan fahsya'; bergaul bebas diluar batasan Islam, bercinta, bercengkerama lebih2 lagi perbuatan zina.

2. Nak jadikan pasangan hidup sebagai teman setia bagi mendapatkan Tuhan, untuk mencari redhaNya. Sama2 mengaji menambah ilmu pengetahuan keIslaman. Sama2 beribadah. Bercita2 nak berbimbingan tangan merentas Siratal Mustaqim di Yaumil Mahsyar untuk masuk ke syurga Allah. (Allah hummar zukna ya Allah).

3. Untuk melahirkan zuriat keturunan yang suci yang akan di pimpin dan diasuh menjadi para solihin yang memberi guna pada dirinya sendiri, keluarga, ibu-ayah, bangsa, tanah air dan agama. Supaya terbentuk sebuah keluarga Islam yang mukmin sebagai asas pada pembentukan masyarakat Islam, negara Islam dan dunia Islam. 

Anak adalah secebis benih dari diri ibu dan ayah hasil percantuman benih yang terpancar dari sulbi siayah dengan benih siibu didalam rahim ibu dari perhubungan intim yang penuh kasaih-sayang. Justru andaikata anak itu selamat, cemerlang serta bahagia, ibu dan ayah akan tumpang berbahagia. 

Sebaliknya sekiranya anak itu kecundang hidupnya; ibu dan ayah akan menanggung derita sengsara. Oleh itu anak2 kalau dididik secara betul akan menjadi penyejuk mata hati (Qurrata a'ayun), menjadi penghibur di kala duka dan menjadi pembela di kala tua dan sakit. Sianak akan menjadi pembela kepada ibu dan ayah dengan doa dan memberi syafaat dihari perhitungan amal di Yaumil Mahsayar kelak. Oleh itu ibu dan ayah harus berkorban masa dan kerehatan demi memberi tumpuan mendidik anak dengan penuh kasih-sayang. 

Sedarlah kita hari ini ramai ibu-ayah orang Islam yang berendam air mata melihat anak2 yang rosak akhlak dan berbuat dosa serta noda; cuai sembahyang, bergaul bebas tanpa batas, berakhlak buruk, terlibat dengan gejala sosial, berperangai kasar, berlaku biadab terhadap emak-bapak dan tak mendengar kata.

Suasana hidup dalam rumah tangga Islam itu penuh dengan kasih sayang (mawaddah warrahmah). Perhubungan suami isteri penuh kesabaran dan bertoleransi. Suami membimbing, isteri menghormati dan patuh serta taat. Ayah bertanggung jawab. Ibu mendidik. Anak mendengar kata. Inilah yang di namakan 'Rumahku Syurgaku'.

Rumah tangga Islam merupakan madrasah, tempat sembahyang berjemaah, berkuliah pengajian ilmu dan tarbiah menyampaikan minda dan isu2 semasa.

Alat perkakas dalam rumah hanya sekadar perlu dan sentiasa dalam suasana kemas, bersih, suci, tersusun serta nyaman.

Perbualan suami-isteri hendaklah berbentuk ilmu, minda dan isu2 semasa. Bagai mana hendak mendidik anak, berjimat cermat dan memperjuangkan Islam.

Oleh itu memilih isteri mestilah berdasarkan sabda Nabi saw "Di nikahi wanita itu berdasarkan 4 kriteria - rupa paras yang cantik, darjat keturunannya, kekayaan harta nya dan kerana agamanya. Utamakan lah wanita yang kuat agama nya nescaya kamu akan dapat ketenangan." 

Setiap lelaki memang mengimpikan beristeri cantik. Namun wanita cantik tak ramai di muka bumi ini, hanya ada dalam bilangan jari dan sangat menjadi rebutan. Tak mudah untuk mendapatkannya. Lagi pun jarang bergabung antara cantik dengan cerdik. Kerap kali wanita cantik tinggi ego nya dan besar ragamnya apabila lemah agamanya.

Kepuasan hidup didunia bukan bila kita perolehi apa yang kita idamkan tetapi bila kita berpuas hati (bersyukur) dengan apa yang Allah takdirkan buat kita. Kepuasan di muka bumi ini hanya sekadarnya, kepuasan yang optima hanya ada di syurga. 

Allah swt turunkan nikmat ke muka bumi ini hanya satu, bakinya 99 peratus lagi di reservekan (disimpankan) untuk dijamu di Syurga. Bersabarlah menempuh hidup di dunia yang sementara ini seadanya demi untuk mencapai kesenangan dan kepuasan hidup syurgawi yang kekal abadi buat selama2 nya disana nanti. 

Wanita solehah kuat auranya atau daya penariknya. Kebaikan dan kemuliaan budinya amat menyenang dan menghiburkan walaupun kurang cantik. Merekalah wanita yang berhati jujur. Perawakannya bersahaja tidak berpura2, berwajah manis, penyayang, sopan santun, lemah-lembut dan mudah mesra. Sabar dan redha dengan kesusahan hidup dan boleh menerima dengan berlapang dada pada apa saja kekurangan serta kelemahan suaminya. Keutamaan mereka ialah menghormati serta taat pada suami. Ini lah bidadari dunia dan bidadari syurga.

Para isteri ingatlah pada sabda Nabi saw "Mencari wanita solehah itu bagaikan mencari gagak putih." Kebanyakan wanita menjadi penghuni neraka kerana tak pandai bersyukur dengan ada nya suami. Watak dan sahsiah boleh dibentuk oleh latar belakang hidup yang baik, keluarga yang baik, persekitaran yang baik dan melalui didikan dan asuhan yang baik. 

Sabda rsaw lagi "Pintu2 Syurga terbuka luas bagi wanita beriman yang berjaya mendirikan solat dan puasa Ramadhan, menjaga maruah diri serta mentati suami." 

Sedangkan kaum lelaki banyak tanggung jawabnya. Allah swt menjadikan lelaki selaku pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu para suami wajib memperbaiki diri dan membina sahsiah serta wibawa dirinya untuk berjaya mendidik dan mendisiplinkan isteri dengan kehidupan bersyariat. 

Bukan sekadar mampu memberi nafkah zahir yang merupakan keselesaaan hidup. Manakala nafkah batin bukan sekadar melayan tuntutan biology tetapi disertai memberi kasaih sayang dan ketenteraman jiwa. Mendidik iman, syariat dan akhlak Islamiah. Berusaha membawa isteri kepada Allah kerana hendak pastikan keselamatan isteri dunia-akhirat. 

Semoga Allah swt selamatkan kita dan keluarga kita dan menjadikan perkongasian hidup kita suami-isteri, kekal sampai ke akhirat. Ameen! 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text