Social Icons

Ahad, 26 Jun 2016

Mengendali Nafsu dan Syahwat - Bingkisan Ramadhan Oleh Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Musuh yang paling ketat bagi manusia adalah nafsu yang sebati dalam rohnya. 

Oleh itu sekembali dari perang Badar, Rasulullah saw bersabda kepada para sahabat ; "Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk berhadapan dengan peperangan yang lebih besar". Para sahabat bertanya "Peperangan apakah itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah "Peperangan melawan hawa-nafsu."

Menariknya perang Badar adalah perang yang sangat penting. ianya penentu bagi kelangsungan dakwah baginda Nabi saw dalam menyampaikan risalah Allah. 

Perang yang mana tentera Islam hanya seramai 313 orang berbanding 1,000 orang tentang kafir Quraisyh. Kelengkapan perang pula sangat dhaif dalam keadaan berpuasa Ramadhan. Musuh yang perlu dihadapi lengkap dengan segala alat kelengkapan perang dan pasukan berkudanya.

Perang Badar  ini menyaksikan seramai 13 orang sahabat gugur syahid namun tentera Islam telah dapat kemenangan. 

Bagi Rasulullah saw, Perang Badar itu sebenarnya kecil berbanding perang melawan hawa nafsu. perang mujahadatunnafsi ini tidak ada masa rehat. Ianya berterusan sampai bila-bila jika kita tak mahu akur dengan kehendak nafsu. 

Gara-gara nafsulah Nabi Adam dan Siti Hawa dikeluarkan dari Syurga dan dihantar ke dunia. Dan gara-gara nafsulah manusia dihumban ke dalam Neraka. 

Sesungguhnya manusia telah diciptakan oleh Allah swt dibekalkan dengan hawa-nafsu sebagai ujian. Barangsiapa yang dapat mengendalikan nafsunya dengan sebaik2nya maka hadiahnya adalah Syurga di kehidupan akhirat yang ampuh dengan segala kesenangan dan nikmat kelazatan yang kekal abadi.

Nafsu dan syhwat tidak boleh dibuang tetapi kena dikendalikan. Sifat nafsu memang rakus dan serakah terhadap kesedapan dunia. Itulah yang mendorong manusia kepada kejahatan dan kedurhakaan kepada Allah tanpa mengenal halal-haram. Itulah yang menjadikan porak-perandanya kehidupan manusia didunia dan membawa ke Neraka di akhirat. 

Sebaliknya nafsu yang berjaya dijadikan tawanan, yang taat dan menurut kehendak hati yang empunya diri, akan menjadi pendorong manusia untuk kebaikan; untuk jadi pemurah, pengasih-penyayang dan bersifat dengan sifat terpuji. Nafsu yang sebeginilah yang dinamakan mutmainnah, radhiah, mardhiah yang mampu membangun kemajuan dan tamadun di atas muka bumi. 

Malah nafsu sebegini jugalah yang membawa manusia memburu rahmat dan Syurga Allah. Firman Allah: 

    -  يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ  -  ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  

 فَادْخُلِي فِي عِبَادِي -  وَادْخُلِي جَنَّتِي

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku 
(QS al-Fajr [89]: 27-30).

Manusia memiliki tujuh peringkat nafsu dari mertabat serendah2nya prisis haiwan dan syaitan yakni nafsu Ammarah namun boleh meningkat ke mertabat setnggi2 dan jadi semulia2 makhluk persis Malaikat malah lebih mulia dari malaikat. Itulah nafsu Kamilah, nafsu para rasul dan para nabi yang berperanan membawa kebahagiaan manusia di dunia dan diakhirat. 

Nafsu perlu dididik dan di asuh supaya jadi baik. Manusia tak boleh jadi baik tanpa didikan. Kalau baik fitrah pun akan mudah terpengaruh bila termasuk ke tempat yang tidak baik. 

Cara mendidik nafsu ada lah dengan mendidik roh mengenal Tuhan hingga hati menjadi cinta dan takut pada Nya. Nafsu jahat tak dapat bertakhta dihati yang kenal, cita dan takutkan Allah. Sebaliknya nafsu itu akan cenderung kepada kebaikan. Bila Allah dilupai, syaitanlah yang akan bertakhta dihati.

Mendidik nafsu adalah dengan ilmu wahyu yakni al Quran, hadith, tarbiah, riqabah, asuhan dan disiplin hingga mendarah daging. Ianya perlu dilakukan secara istiqamah agar kebiasaan yang baik berlaku berterusan menjadi tabiaat yang positif dan dengan dibenteng dari perbuatan keji dan mungkar. 

Hidup perlu berada di sekitar 'biah' (persekitaran) yang baik dan terkawal aurad dan pergaulan lelaki-perempuan. Lebih-lebih lagi tidak ada tontonan bahan2 paparan gambar2 lucah dan separuh lucah yang merangsang nafsu-syhwat. Semuanya ini boleh mendorong kepada terjebak dengan jenayah seks: zina mata, zina akal fikiran dan dihantui oleh gelora keinginan syahwat yang membawa kepada zina.

Mengusahakan kehidupan diri, anak-anak, isteri dan keluarga di dalam sesebuah penempatan komuniti dengan persekitaran 'patuh syariah' adalah kewajipan semua ketua keluarga yang mampu. 

Persekitaran yang ideal ialah berlakunya suasana bersembahyang jemaah, mengadakan kelas pengajian dan tarbiyah, mewujudkan Taman Asuhan Kanak2 yang mendidik jiwa fikiran anak-anak kecil kepada mengenali Tuhan maha pencipta dan berbagai suasana yang mendidik jiwa penghuninya kepada Allah dan Rasul. 

Inilah yang kita impikan.

Sepatutnya semua kawasan perumahan masyarakat islam mempunyai semua unsur yang menyempurnakan soal-soal hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Justeru aktiviti apa sahaja seperti TADIKA, KAFA, Tuisyen, kedai runcit, kilang2 makanan Home Industery, aktiviti kebudyaan, pekerjaan harian dan sebagainya berada dalam suasana "Islamic syariah-complaint." 

Mula2 tentu ada orang yang tak faham dan pandang serong dengan berbagai tanggapan  tapi lama kelamaan orang akan faham dan mengaku "Sungguh damai tempat ini." 

Cuba kita lihat, pelajar2 kita diluar negeri yang belajar di nergara bukan Islam dan dapat kesedaran dakwah juga berbuat demikian dan mereka jadi top student. 

Untuk menundukkan nafsu manusia perlu didikan dan pimpinan orang2 Allah. Mereka adalah terdiri dari para Rasul, para Nabi, para Mujadid, ulama' ul Amilin dan guru2 yang Mursyid yang mendalami ilmu ugama dan beramal dengannya. 

Mereka ini Allah sendiri yang merndidik mereka. Hati mereka sangat mengenal Allah, cinta dan takut padaNya. Mereka merindui Rasul dan mencontohi cara hidupnya. Lantaran roh mereka suci dari syirik, kemunafikan, kufur, maksiat dan sifat keji. 

Orang2 Allah ini hidup mati nya hanya untuk Allah dan menjadikan kecemerlangan hidup didunia sebagai alat untuk kecemerlangan hidup di akhirat. Hati dan fikiran mereka tidak ada sesaat pun lalai dari mengingati Allah. Ada ulama' yang ber watak Nabi hanya memimpin pengikut jadi a'bid yang kencang beribadat. Ada yang berwatak Rasul yang memimpin pengikut menjadi abid dimalam hari dan berjuang bagaikan singa membangunkan sistem hidup Islam disiangnya. 

Kita perlu dididik oleh orang Allah paling tidak pun oleh para Murabbi yang telah terdidik. 

Nabi kita Muhammad saw telah dididik terus oleh Allah swt dengan wahyu Justeru Baginda benar2 kenal Allah, cinta dan takut padaNya. Malah hatinya pernah dibedah oleh Malaikat dan dibersihkan dari segala sifat keji serta di masukkan Ilmu dan Hikmah (Kebijaksanaan). Oleh itu Baginda berjaya menyebar kan Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan seribu satu macam halangan dan rintangan waima peperangan sekali pun.

Hati kita perlu dibedah, dipost-morterm secara maknawi dengan ilmu, amal, didikan, tarbiah, pimpinan dan mujahadah yang bersungguh2 untuk meningkatkan mertabat nafsu kita. Ianya perlu diproses sehingga meningkat dari nafsu Ammarah yang kotor dan bejat, yang bukan saja tak takut dan tak kesal berbuat dosa dan noda malah berbangga dan menunjuk2 pada orang. Nafsu Ammarah ini nafsu peringkat pertama yang sangat rosak dan merosakkan. Seseorang muslim tidak boleh kekalkan hatinya mempunyai nafsu sebegini. 

Nafsu peringkat kedua ialah nafsu Lawwamah. 
Dengan adanya ilmu, seseorang itu sudah bertapak iman di akalnya dan dapat menganalisa tentang wujudNya Allah dan logiknya ada kehidupan di akhirat untuk menerima balasan baik atau buruk. Namun akal kerap kali kalah dengan keinginan nafsu yang dibujuk oleh syaitan laknatullah. Kerap terlanjur berbuat larangan dan mencuaikan suruhan Allah namun ia rasa menyesal dan takut berdosa. Orang begini sudah meningkat mertabat nafsu nya ke tahap Lauwamah. Kalau mati akan ke Neraka dulu kerana banyak dosa. 

Mertabat ketiga adalah tahap nafsu Mulhamah iaitu disamping ada ilmu ada pula kesedaran maka orang ini sudah jadi orang soleh yang taat berbuat suruhan dan menjauhi larangan kalau mati ketika ini In Sya Allah ada jaminan Syurga tetapi orang ini masih belum istiqamah, kadang2 terjebak semula dengan perangai lama berbuat durhaka bila kurang mengaji dan bergaul pula dengan kawan2 lama kaki maksiat dan terikut2 berbuat maksiat. Kalau mati ketika ini Neraka dululah tempat nya. 


Martabat keempat ialah mereka yang mencapai Nafsu Mutmainnah yang sudah istiqamah dengan sifat kesolehannya yang bersih dari berbuat dosa2 besar dan sudah bertaubat Nasuha yang tak akan kembali lagi kepada maksiat. kalau pun masih ada terjebak dengan dosa2 kecil pun terasa sangat menyesal dan terus minta ampun dengan Allah sambil menangis. Terpelihara mata, telinga, lidahnya seta anggotanya dari berbuat dosa dan noda Hatinya bersih dari segala sifat keji maka orang ini kalau mati In Sya Allah ada jaminan Syurga. 

Mertabat nafsu yang lebih tinggi adalah tahap nafsu Rodiah dan Mardiah. Ini adalah Maqam para wali dan kekasih Allah. 

Marilah kita jadikan Ramadhan ini ibarat bengkel 'Overhaul' nafsu kita terutama di sepuluh akhir ini jangan sekadar berlapar dahaga sahaja. 

Wallahu a'alam. Ampun maaf. Wabillahi Hidayah wat Taufiq. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text