Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Catatan Musibah Dan Hikmah

Catatan dari Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini. BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH. MUSIBAH INI: pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi ke...

Banjir Sudah Menyusut Tetapi Apa Lagi Yang Tinggal?

Salam,  30.12.2014.  Hari ni hampir semua akses ke kwsn banjir Kuala Krai boleh dilalui jalan darat kecuali beberapa kampung spt Kampung Pemberian dan Kampung Mesik dll hanya boleh diakses dgn bot n perahu.  Wpun dikatakan banyak bantuan sampai ke Manek Urai tetapi setakat pemerhatian kami masih belum mencukupi memandangkan mangsa di Kuala Krai empat kali ganda mangsa di Tanah Merah.  Keadaan di Manek Urai memang seolah2 dilanda tsunami dan mangsa memang tidak dapat lagi pulang utk mencuci rumah kerana rumah sudahpun roboh dan musnah. Ketika di pusat penempatan SMK Manek Urai (yg menjadi fokus nasional kerana terlalu kritikal & tiada bekalan langsung selama 3 hari berturut2 ).  Penyelaras di situ yg juga mangsa banjir iaitu Cikgu Shukri memberitahu banyak bekalan tidak sampai ke sasaran kerana penyumbang meninggalkan bekalan di hujung jambatan baru dan akhirnya diambil oleh mereka yg sebahagiannya bukan mangsa banjir yg kritikal y...

Sukarelawan Banjir - Nak Tolong Tapi Tak Faham

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik. i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone. ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik iii. mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh. Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan. Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang ...

Sekeping Serendah - Hotel Yang Terletak Di Dalam Hutan Belantara

Imej
Hotel butik Sekeping memang terkenal dengan rekaan super minimalis dan low tech. Sebelum ini ada kami paparkan Sekeping Kong Heng di Ipoh. Hari ini mari ke Sekeping Serendah yang terletak di dalam hutan belantara. Disini tiada TV dan kemewahan biasa yang ada apabila menginap di dalam hotel. Kesemuanya minimalis bagi mereka yang mahu bersatu dengan alam. Hanya terdapat 10 "bangsal" dan bilik kaca ditawarkan. Privasi dan exclusivity terjaga. Harga penginapan bermual dari RM280 semalam. Jangan ingan just because tak ada kelengkapan moden sewa hotel ini murah! Sumber UniqueHotels

Berita Ini Pasti Akan Menyakitkan Hati Anda Semua

Imej
Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital. Dr Afiq Rahim   yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter. Dalam tulisannya di  Facebook  sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu. Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi. Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius. Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di  Kubang Kerian . Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah...

Iktibar Diwaktu Susah

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik trputus dgn bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu... Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya!!! Anak itu bertanya dengan risau:"Kakak, ada lilin tidak?" Gadis itu berfikir : "JANGAN PINJAMKAN" nanti jadi satu kebiasaan utk terus-terusan meminta. Maka si gadis menjawab : "TIDAK ADA!!" Lalu si anak miskin berkata riang : "Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, Kami khuatir karena kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.... Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU. Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yg kita PUNYA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepa...

Hanya 3 Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia

Imej
[Mstar] JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai. "Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta. Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki. Kru Tentera Udara Indonesia membawa objek yang dipercayai merupakan gelongsor kecemasan milik pesawat QZ8501. Foto EPA Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya. Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas...

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian, Angkara "Tangan Hitam"?

Imej
[Mstar] TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral di kalangan netizen. Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand). Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini. Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia. Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain...

Luahan Hati Kepada Allah Yang Maha Berkuasa

2015... Kedatangan mu disambut penuh pengharapan.. Mengharap sinar, harapan dan senyuman... Namun siapa sangka... KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran... Mac 2014... Perginya MH370 tanpa berita... Perginya penuh tanda tanya... Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak... Feb - Apr 2014... Empangan kami kering... Alam tidak sudi memberi kami air... Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya... Mengajar kami untuk tidak membazir... Tidak cukup dengan itu... Alam seolah-olah memarahi kami... Jerebu menduga kami... Seksanya hidup menyedut udara kotor... Mungkin dari kesilapan kami sendiri... Julai 2014 Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa... Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa... Hati kami bagai direntap... Perginya MH17 tidak kembali... Kami terduduk... Menangisi dan meratapi perginya MH17... Seolah-olah orang tersayang berada di sana... Satu persatu KAU bongkarkan... Kerana hilangnya sifat ...

Maklumat Banjir Terkini

KEPADA SEMUA SUKARELAWAN & BADAN NGO Laporan Semasa Bencana Banjir Kuala Krai 30/22/14 Semua jalan utama ke kuala krai - gua musang & kuala krai - kota bharu boleh dilalui kepada semua kenderaan. Kesesakan lalulintas di jalan utama telah reda berbanding semalam kerana semua kenderaan awam & sukarelawan berebut2 untuk ke destinasi masing2. Bekalan elektrik & air masih lumpuh di semua tempat kecuali di kawasan perumahan drpd batu jong menghala ke machang belaka mula pulih berperingat2 Akses telefon & komunikasi masih lumpuh dan akses telekomunikasi hanya boleh didapati di kawasan sungai durian - kuala krai dan kg laloh. Sekiranya ingin membuat sebarang panggilan bg laluan gua musang dinasihatkan membuat panggilan terlebih dahulu di gua musang & kg laloh. Sebahagian besar lokasi banjir di tempat2 terpencil sudah dapat diakses oleh team sukarelawan tetapi dgn kuantiti bekalan yg sedikit dan disarankan bantuan tambahan dihantar dari semasa ke semasa. Setakat i...

Nilai Bencana Banjir Dengan Seluruh Pancaindra

Imej
Ambilan dari Blog MSO Kemusanahan di Kelantan kerana banjir. Kalau dua tiga hari lepas kita semua berdebar dan tertanya-tanya macam mana nasib mangsa banjir, hari ini hati kita jadi lebih tersayat dan tersendu apabila melihat kesan-kesan banjir yang sudah dapat disaksikan sendiri. Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir. Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004. Sayu, sedih, bahkan sejuta perasaan lain lagi menyerang kita apabila melihat kesan-kesan pasca banjir yang keadaanya amat dahsyat sekali yang belum pernah kita saksikan berlaku di negara ini. Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu lu...

Apa Yang Sedang Dihadapi Ratusan Ribu Mangsa Banjir?

Imej
Gambar di bawah adalah gambaran cerita yang mengharukan. Ratusan ribu rakyat yang sedia susah semakin menderita. Mereka kembali ke rumah dalam keadaan semuanya kosong. Tiada yang mungkin dapat diselamatkan. Semuanya mesti bermula dengan segala rengkuhan tekad upaya.  Gambar-gambar di atas sudah cukup memberi gambaran yang mengundang keharuan dan kepiluan.  Kepayahan, ketakutan, kepiluan dan kepedihan berbaur di dalamnya yang  menjelaskan apa terjadi.  Ia amat mengharukan jiwa... Tiada tempat untuk mengadu melainkan kepada Allah Yang Esa.

Berita Terkini Kehilangan Pesawat Air Asia Indonesia - Terhempas di Laut Jawa?

Imej
SUMBER: theguardian Missing AirAsia flight QZ8501: debris 'likely to be from plane' – rolling report   A view from an Indonesian search and rescue aircraft over the Java Sea of debris that may come from the missing AirAsia flight. Photograph: Bay Ismoyo/AFP/Getty Images Indonesia’s search and rescue agency chief said on Tuesday he was 95 percent certain debris sighted off Indonesia’s Kalimantan coast was part of the AirAsia jet presumed to have crashed two days ago. An Airbus A320-200 carrying 162 people and operated by Indonesia AirAsia disappeared in poor weather early on Sunday during a flight from the Indonesian city of Surabaya to Singapore . “I am 95 percent sure that the location pictured is debris suspected to be from the aircraft,” Indonesia Search and Rescue Agency chief Soelistyo told reporters. The Jakarta Post is also reporting some of the quotes from the transport ministry’s acting director general Djoko Murjatmodjo. They are reportin...

Kehilangan Air Asia Indonesia - Serpihan Dijumpai SAH Pesawat QZ8501

Imej
Antara objek keras yang ditemui terapung di atas laut semasa operasi SAR pada hari ketiga. [Mstar] PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang itu, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo. "Buat masa ini, serpihan tersebut disahkan daripada pesawat AirAsia yang hilang itu dan menteri pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun dalam masa terdekat," katanya. Seorang pegawai tentera udara turut dilaporkan menjumpai serpihan yang dipercayai badan pesawat dan jaket keselamatan di luar pantai Kalimantan. -30/12/14 Berkaitan: Pesawat QZ8501: Gelongsor Kecemasan, Pintu Pesawat Ditemui [Mstar] PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan. Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serp...

Sambutan Maulid Rasul - Apa Dalilnya?

DALIL-DALIL MEMBOLEHKAN MERAIKAN MAULID NABI S.A.W. Oleh Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad Al-Maliki, tentang Maulid Rasul S.A.W. Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di belahan dunia islam, kaum muslimin merayakan Maulid, Kelahiran Nabi Muhammad Saw. Telah ratusan tahun kaum muslimin merayakan maulid Nabi Saw, Insan yang paling mereka cintai. Tetapi hingga kini masih ada saja orang yang menolaknya dengan berbagai hujjah. Diantaranya mereka mengatakan, orang-orang yang mengadakan peringatan Maulid Nabi menjadikannya sebagai Eid (Hari Raya) yang syar’i, seperti Aidul Fitri dan Aidul Adha. Padahal, peringatan itu, menurut mereka, bukanlah sesuatu yang berasal dari ajaran agama.  Benarkah demikian? Apakah yang mereka katakan itu sesuai dengan prinsip-prinsip agama, ataukah justru sebaliknya? Di antara ulama terkenal dunia yang banyak menjawab persoalan-persoalan seperti itu, yang banyak dituduhkan kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah, adalah As-Sayyid Al-Muhaddits Al-Ima...