Menyempurnakan cinta
Usah cuba untuk mengukur sejauh mana kasih ibu, kita tak mampu mengukurnya. Sedalam mana cinta ibu terhadap anak, juga tak mampu kita selami.
Ia sentiasa segar dan menjalar dalam warna-warna yang tak pernah kita sedari. Kita hanya menerima segala kasih sayang dan cinta itu dari sudut yang kita perhati. Tetapi masih banyak segi-segi cinta yang tak tertatap dan tak pernah kita tahu datang dari cinta seorang ibu.
Ibu ini mencuba segala upaya dalam menyempurnakan cintanya. Apa lagi dalam situasi seorang anak yang memerlukan pertolongan, tidak ada insan yang menghulurkan bantuan selain seorang ibu. Bagi ibu ia tak mahu kehilangan anaknya tetapi sanggup berusaha demi menyempurnakan cintanya.
Sang anak memerlukan buah pinggang dan sang ibu sanggup untuk menjadi penderma. Tetapi kerana berat badannya yang melampau, doktor tidak melakukan pembedahan sedangkan sang anak dalam kritikal memerlukan buah pinggang yang baru. Masa semakin kritiksl.
Si ibu berlawan dengan waktu berusaha menurunkan berat badannya bukan kerana lain agar ia dapat menjalani pembedahan dan mendermakan buah pinggang untuk anaknya. Dalam usia tua si ibu berusaha segalanya demi satu harapan iaitu dapat menyempurnakan cintanya.
Segalanya berupaya dilakukan. Tiada lain yang mendorong ibu ini selain cinta dan hasrat untuk menyempurnakan cinta yang sekian lama diberikan untuk anaknya.
Jika kita menatap video ini dengan airmata tandanya kita masih memiliki cinta
Dan, sempurnakanlah cinta itu....
0 ulasan:
Catat Ulasan