Social Icons

Ahad, 28 Disember 2014

Berapa Ramaikah Penghuni Pusat Pemindahan Yang Tahu Bersyukur?

Muhasabah banjir... 
Banyak perkara yang perlu direnungi kenapa Allah pilih negara kita menerima bencana banjir seteruk ini saban tahun. Kenalah kita tafakur menginsafi diri. Jika banjir datang, ianya tarbiyah dan teguran dari Allah. Tentu Allah mahukan perubahan dalam diri kita.

Beruntunglah yang mahu mengubah diri menjadi insan lebih baik dari sebelum ini. Taubat dan kembali kepada Allah serta mengubah sikap adalah respon yang sebaik-baiknya bagi kita terhadap musibah dari Allah ini. 

Tetapi jika kita baca kisah di bawah, kita rasa sedih dan tak tahu nak kata apa.... 

Gambar Hiasan

Luahan Hati Sukarelawan Mangsa Banjir 2014

Berdasarkan perkongsian seorang forumer di sebuah forum..

Luahan hati dari salah seorang sukarelawan banjir yang bertungkus-lumus mengurus mangsa di pusat pemindahan. Ikuti sepenuhnya luahan beliau di bawah, sama-sama kita nilaikan dan pada hemat kami ada betulnya apa yang dibicarakan.

“Penghuni Pusat Pemindahan Tak Tahu Bersyukur Ke?”

Tahun ni banjir mari lagi.

Dah 3 kali dah buat kerja (tolong tolong serba sikit) di pusat pemindahan banjir.

Aku nampak 1 benda.
Mangsa banjir jarang sangat yang ringan tulang nak tolong.
Tahu nak minta je.

Kita tidak dibayar.
Hatta selepas selesai banjir, mangsa.dapat duit.
Kita tak dapat apa pun.

Rumah kita semua ni yang bertungkus lumus ni, tak banjir pun.

Kita boleh je balik, dok rumah tengok TV,main dengan anak anak.

Bayangkan 20-30 orang nak sediakan makanan 3,4 kali sehari untuk 1000 mangsa.
Kita pun ada kerja.
Sampai atur jadual, bergilir.

JKM setakat bagi sardin, kita usahakan, proaktif, pergi dapatkan / minta / merayu / menagih sumbangan supaya mangsa dapat merasa lauk ayam atau daging.

Kita pulak yang meminta-minta untuk mangsa.

Tapi, apa balasan mangsa?

Marah.
Marah.
Marah.

Itu tak ada. Ini tak ada.
Apsal lambat.

Di kala dah habis makan, kita semua kemas kantin sekolah, basuh kuali, periuk , kawah dan lantai (karang kalau tinggal kotor sekolah marah, dan kebersihan penyediaan makanan penting untuk kesihatan), anak anak muda remaja mangsa banjir boleh rehat, ada yang siap hisap rokok, borak, macam baru lepas makan kat rumah atau restoran.

Tak ada perasaan ke?

Kita ni pekerja diorang ke?

Aku hanya tolong sikit je.
Tapi aku kesian tengok pak cik pak cik surau tolong masak.
Basuh kawah, periuk.

Mak cik-mak cik potong ayam, sayur.

Sukarela ni semua umur 40-60 tahun. Kita bukan NGO. Kita penduduk setempat je.
Tempat kita tak banjir pun

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text