Social Icons

Khamis, 18 Disember 2014

Cemas! Semua Pihak Diseru Bantu Mangsa Banjir


Semua pihak yang berkaitan dirayu supaya tampil memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Rantau Panjang yang kini berada pada tahap kritikal, kata Ahli Parlimennya Siti Zailah Mohd Yusoff.

"Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.

"Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan, terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.

"Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan," katanya sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text