Social Icons

Sabtu, 27 Disember 2014

Malaysia Menangis - Apa Yang Allah Mahukan Dari Kita?

Banjir Ini Untuk Apa?



Sekali lagi di hujung tahun, Malaysia dipaksa Allah supaya tidak lagi menyambut tahun baru dengan pesta-pestaan. Allah jadikan banjir terburuk di negara ini sebagai sebab terbatalnya program menyambut tahun baru kali ini. 

Banjir dahsyat yang melanda kali ini mesti dibaca dengan mata hati. Ianya mesti dikaji dan diperhati dengan setulus hati. Tentunya kita akan sampai kepada satu kesimpulan bahawa Allah lah yang melakukannya sebegitu rupa. Belumlah sedahsyat tsunami tetapi sudah cukup memeritkan bagi yang menanggungnya.

Dalam banyak pesanan dan kiriman seseorang di dalam media sosial, kita akan temui satu pesanan yang sangat berharga. Hanya orang yang tahu sahaja, yang kenal siapa penulisnya atau siapa yang mengungkapkannya. Wajarlah kita semua merenung semula sikap hati kita dalam menghadapi suasana derita dari banjir ini. 

Bacalah...Moga-moga ianya adalah 'perutusan dari langit' untuk kita semua berubah!!

Banjir dan hujan berlaku apabila Allah mahu menunjukkan kuasa mutlaknya kepada sang hamba. Tidak ramai yg merespon dengan hati yang tawadhuk yang akan mengaku bahawa, kami perlu takut pada yang membuat arahan kepada hujan untuk turun selebat-lebatnya! Jangan berhenti selagi Allah tidak perintahkan supaya berhenti. 

Bukankah Allah itu Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani? Takkan Allah tidak kesian kat mangsa-mangsa banjir tu? Allah yang Maha bijaksana Maha Tahu kenapa banjir sedahsyat itu perlu berlaku? 

Ia untuk buat hamba-hambaNya dapatkan rasa takut dan gerun dengan kuasaNya yang Maha hebat itu..yang mana bila manusia terdesak, mereka akan cari Allah!!! Manusia akan terpaksa merayu padaNya..hingga acara2 hiburan untuk menyambut tahun baru dibatalkan di seluruh negara. Acara hiburan ditukar dengan program selawat dan peruntukan untuk acara sebegitu digunakan untuk kebajikan mangsa banjir!

Alangkah berjasaNya Allah demi untuk menyelamatkan bumi Malaysia dari dosa dan maksiat di Ambang 2015, diciptakan satu bencana yang mengandungi hikmah yang besar di sebalik musibah itu. 

Allah nak buat hingga hamba-hambaNya hilang selera untuk sambut Tahun 2015 ini dgn pesta hiburan. Lalu Dia buatkan kita tukar acara sambutan itu dgn ibadah!

Perlu diingat Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNya..sebaliknya kitalah yang menzalimi diri kita sendiri.. 

Dapatkan rasa takutkan Allah, gerun dan patuh pada syariatNya.. Nescaya bencana besar akan berkurangan..

Kepada mangsa-mangsa banjir, marilah kita sama-sama memohon ampun, 'bertaubat bermati-matian' kena dibuat segera di pusat-pusat perlindungan banjir. Terimalah ujian ini dengan penuh sangka baik kepada Tuhan pencipta langit dan bumi. 

Dia penguasa alam semesta.. Jika Allah Mahu, dengan serta merta diarahkan saja hujan agar berhenti dan 'bumi menelan segera air yang membasahimu agar hamba2 Ku boleh hidup seperti sediakala.' 

Seperti yang berlaku kepada Nabi Noh...banjir dan hujan itu hanya berlaku dengan arahan Tuannya.. Ia itulah Tuhan Yg Maha Berkuasa! Jadi mari kita muhasabah diri atas peristiwa yg dianggap bencana besar ini..Akan tetapi kalau kita hubungkan dengan bencana di akhirat, kita akan rasa bencana ini kecil sangat.. 

Bukan kita tidak tahu setiap kali sambutan tahun baru diadakan akan ramailah yang terlibat dengan zina, arak dan hiburan yang sangat merosakkan. Manusia lupa Allah dan Rasulnya..

Demi untuk menyelamatkan manusia dari neraka yang disediakan untuk penzina, peminum arak, dan bergaul bebas menyaksikan konsert-konsert yang melalaikan, hujan dan banjir diutuskan agar manusia terpaksa tunduk dan mengaku bahawa, mahu tak mahu kenalah rapat dan berdamping dgn Allah . 

Gugurkanlah airmata penyesalan dan taubat kerana selama ini manusia tak peduli pun akan kehebatan kuasa Tuhan! 

Sesungguhnya banjir dan hujan ini membawa isyarat dari Allah supaya jangan takut pada banjir, hujan atau pun cuaca, tetapi "takutilah Aku!! Itu semua tentera-tenteraKu. Jika Aku berkehendak, Aku boleh kerahkan air yang lebih besar lagi dari ini untuk mengugut kamu. Bukankah Tsunami pernah aku utuskan? Tidak cukupkah lagi?..Menangislah wahai hamba-hambaKu...air mata yang engkau alirkan kerana takutkan Aku itu amat mahal - Ia pemadam api neraka! Banjir ini untuk itu....."



















0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text