Social Icons

Thursday, 25 December 2014

Banjir Masih Belum Mahu Surut

Di tengah bencana. Cuaca masih belum menentu dann belum petanda banjir akan berakhir. Banyak peristiwa terjadi dalam bencana melanda. Ada di antaranya menjadi iktibar kepada kita





BANJIR: 18 jam berpaut pada pokok

Oleh Rosli Ilham

Dungun: Dua lelaki terpaksa berpaut 18 jam pada sebatang pokok sebelum ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan anak saudaranya, Mohd Zafirul Izhan, 19, dihanyutkan arus selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik, dalam kejadian di Kampung Padang Ping, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini, petang semalam.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Imran Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan mengambil ahli keluarga mereka berikutan banjir di kampung berkenaan, kira-kira 6 petang.

"Dalam perjalanan, bot mereka terbalik dan kedua-dua mangsa dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat mencapai dahan dan berpaut pada sebarang pokok," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan kira-kira 11 pagi ini, bergegas melancarkan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan kekuatan 12 anggota dengan kerjasama polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Pasukan penyelamat menemui mangsa yang sedang berpaut pada sebatang pokok. Ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan kesejukan.

"Kedua-dua mereka yang berpaut selama 18 jam pada pokok itu, kemudiannya dibawa ke Kampung Dendang dekat sini," katanya.


Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup paras air naik

KOTA BHARU: Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada kesemua kenderaan berikutan paras air Sungai Kelantan yang melimpahi jambatan itu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Shahimi Sharif, berkata jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam lima petang tadi.

Katanya, jambatan itu akan dibuka kembali kepada lalu lintas setelah paras air sungai surut dan tiada sampah sarap yang menghalang laluan di jambatan terbabit.


JAMBATAN Sultan Yahya Petra ditutup kepada kesemua kenderaan. - Foto NSTP


Penduduk dirikan khemah sebagai pusat pemindahan
25 Disember 2014 

KOTA BHARU 25 Dis. - Jika mangsa banjir lain berpindah ke pusat pemindahan seperti sekolah dan balai raya untuk berlindung daripada banjir, namun berbeza bagi empat keluarga di Kampung Lembah Sireh, di sini yang sanggup memasang khemah di Jalan Sultanah Zainab sebagai pusat pemindahan sementara mereka.

Ketika ditanya sebab mereka tidak berpindah, kesemua mereka memberikan jawapan dan yakin air Sungai Kelantan akan surut cepat walaupun keadaan sebenarnya air sungai berkenaan dilaporkan terus meningkat.

Seorang penduduk, Ani Husin, 43, berkata beliau dan rakan memasang khemah itu sejak air mula naik di kawasan perkampungan mereka, petang semalam.

“Pagi tadi air mula penuh di kawasan rumah, rasa mungkin paras paha dah... Awal pagi tadi saya dan jiran mula berada di khemah ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika air tidak surut menjelang malam ini baru kami akan berpindah ke pusat pemindahan terdekat iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh.

“Banjir tahun ini memang paling teruk, memang tak sangka air naik begitu cepat hingga saya tidak sempat menyelamatkan barang di dalam rumah.

“Memang ia berlaku 10 tahun sekali, sebelum ini banjir besar macam ini berlaku pada tahun 2004,” katanya.

Seorang lagi penduduk Huda Husin, 37, berkata, air mula memasuki rumahnya kira-kira 3 pagi tadi.

“Saya tinggal di khemah ni sebab ingin pantau keadaan rumah selain bimbangkan barang yang terdapat dalam rumah,” katanya. - Bernama



Banjir di Perak makin buruk, 5,065 dipindahkan

IPOH: Banjir di Perak semakin buruk berikutan jumlah mangsa meningkat kepada seramai 5,065 mangsa daripada 1,244 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 4 petang tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin, berkata setakat jam 4 petang tadi sebanyak 46 pusat pemindahan di tiga daerah di Hulu Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

"Kawasan Perak Tengah menyaksikan peningkatan 1,633 mangsa banjir daripada 430 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan.

"Daerah Kuala Kangsar, seramai 2,818 mangsa dari 660 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan

"Manakala, di Hulu Perak yang membabitkan kawasan Lenggong, seramai 614 mangsa daripada 154 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan," katanya di sini, sebentar tadi.

Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

BANGUNAN perniagaan di Arena Kuala Kangsar semakin ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Perak yang berlaku di sekitar tebing Bandar Kuala Kangsar. - Foto BERNAMA



Bot terbalik, 
suami isteri hilang
MUKHATAR A. RAHMAN
25 Disember 2014


Anggota bomba memeriksa bot yang terbalik sehingga mengakibatkan Suhaimi Awang dan Nurhayati Sulong (gambar kecil) hilang ketika operasi memindah mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, Terengganu, semalam. – UTUSAN/Mukhatar A. Rahman

KEMAMAN 24 Dis. - Sepasang suami isteri hilang selepas bot Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mereka dinaiki semasa operasi pemindahan mangsa banjir, terbalik dalam kejadian di Kampung Geliga Che Akob di sini petang ini.

Mangsa ialah Nurhayati Sulong, 37, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Geliga dan suaminya, Suhaimi Awang, 37, pekerja di sebuah syarikat di Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Teluk Kalong dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 1.20 petang itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan terperangkap dalam pusaran air sebelum terbalik menyebabkan kedua-dua mangsa dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, bot itu turut dinaiki tiga lagi mangsa banjir yang terlibat dengan pemindahan selain seorang pegawai dan dua anggota bomba. Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat.

Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai enam anak yang berusia antara empat bulan hingga 13 tahun.

Ketua Polis daerah, Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, selepas memuatkan lima orang mangsa banjir untuk dipindahkan dari dua lokasi, bot mengundur sebelum masuk ke pusaran air dan terbalik.

‘‘Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang memakai jaket keselamatan masuk dalam pembetung dan keluar semula sebelum hilang dibawa arus deras,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Zon 2 (Bomba Terengganu), Penguasa Bomba Kanan II, Azmi Abdul Rahim berkata, ekoran kejadian itu seramai 11 pegawai dan anggota bomba dari dua balai bomba dikerahkan mencari dan menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, usaha berkenaan dilakukan di sekitar tempat kejadian sebelum beralih ke muka Kuala Kemaman berdekatan Jambatan Geliga dengan menggunakan dua buah bot penyelamat.

‘‘Arus yang kuat juga menyebabkan pasukan skuba bomba tidak dapat menyelam tetapi jika esok arus tenang, kita akan masuk balik ke lokasi kejadian,” katanya.



Tiada lain hanya kepada Allah berserah
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya 
mengadakan solat hajat untuk mangsa banjir 
yang imamkan oleh Ustaz Hamdan Muhammad

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text