Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membesarkan hari kelahiranku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
Sayidina Umar r.a pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia menghidupkan agama Islam.”
Berkata Usman r.a pula: “Barangsiapa mengeluarkan satu dirham untuk membaca Maulid Rasulullah SAW seolah-olah ia mati syahid di dalam peperangan Badar dan Hunain.”
Sayidina Ali pula berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulid Nabi SAW ia tidak akan keluar daripada dunia melainkan keadaannya di dalam iman.”
Seorang waliyullah, Hassan Al-Basri telah berkata: “Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud nescaya aku akan membelanjakannya untuk membaca Maulid Rasulullah SAW.”
As Sirri As-Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulid Nabi SAW sesungguhnya ia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana ia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah SAW."
As Sirri As-Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulid Nabi SAW sesungguhnya ia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana ia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah SAW.”
Rasulullah SAW pula bersabda: “Barangsiapa cintakan aku nescaya ia akan berada bersamaku di dalam syurga.”
Keberkatan mengadakan majlis Maulid itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jalaludin As Suyuti r.h.m berkata: “Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi SAW nescaya Allah SWT akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan