Social Icons

Isnin, 22 Disember 2014

Gaya Bahasa Guru Pendorong - Dorong Anak Dengan Doa

Gaya bahasa dan kejayaan sangat berkait rapat. Orang lain suka berkawan-kawan dan merapati orang yang berjaya. Individu berjaya bercakap menggunakan bahasa positif - bahasa kejayaan.

Guru pendorong ialah guru yang mendidik anak muridnya bercakap menggunakan gaya bahasa positif. Ia bermula daripada gaya bahasa yang diucapkan oleh guru itu sendiri.



5 Gaya Bahasa Guru Pendorong

[1] Jangan gunakan gaya bahasa negatif seperti 'malas', 'nakal', 'degil', 'masalah', 'rugi', 'gagal', 'buruk', 'comot', 'pengotor', 'corot' dll.

[2] Jangan bercakap menggunakan bahasa campuran apabila mengajar anak murid. Individu yang bercakap menggunakan bahasa campuran digambarkan sebagai orang yang berfikiran kelam kabut.

[3] Bercakap dengan lancar, jelas dan sebut perkataan satu-persatu. Jangan guru dilihat seperti individu yang 'belum habis berfikir, tetapi sudah bercakap'

[4] Bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Guru akan kelihatan seperti orang pakar, sekalipun guru tidak mempunyai kepakaran dalam perkara yang diperkatakan itu.

[5] Aplikasi Teknik Nabi apabila membina skrip-skrip ucapan. Gaya bahasa Nabi adalah gaya bahasa positif.




Selain pujian, doa juga mempunyai kuasa dorongan.

Dalam situasi lazim, ibu bapa boleh mendoakan anak-anak apabila mereka mengerjakan sesuatu perkara yang baik dan betul. Contoh situasi:

1. Apabila anak sedang rajin mengulangkaji pelajaran
"Ya Allah, lapangkan dada anakku dan tambahkan ilmu yang berguna untuknya."

2. Apabila anak bersemangat ke sekolah
"Ya Allah, berikan kepada anakku kebijaksanaan dan menjadi pelajar yang disayangi guru-guru."

3. Apabila anak menutup TV apabila mendengar azan maghrib
"Ya Allah, pahala yang banyak untuk anakku yang menjaga solat."

Doa diucapkan di hadapan anak itu dan anak-anak lain secara jelas, terus disebut segera apabila melihat perkara yang baik dan betul itu.

Perkongsian daripada Ibu yang mengamalkan teknik ini.

Puan Hainey Sulaiman berkongsi...
"Saya cuba amalkan teknik ini kepada anakanda ahli syurga Aryssa Humaira dan Subhanallah kesan serta merta nampak di hadapan mata. Anakanda Aryssa selesai mewarnai gambar "Princess" di handphone Mummy. Kata saya (lebih kurang begini. Mohon maaf atas penggunaan bahasa campuran)

Mummy: Wow..very nice kakak coloring (Pujian) 
Mummy suka, Daddy suka, Allah suka (Impact) 
If kakak rajin, nanti kakak jadi clever (Impact)

Kemudian saya angkat tangan dan berdoa, "Ya Allah, jadikan kakak anak yang solehah dan bijak."

Tiba-tiba kakak balas, "Ya Awwah (Allah), berikan Mummy sihat, mummy sihat, mummy sihat, Amin!"

Oh...sejuknya perut ibu mengandung.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!


KREDIT SUMBER: Blog Ustazah-Engineer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text