Jika ada pelajar yang tidak minat ke sekolah, jangan marah atau salahkan mereka. Kita sendiri kena mengkaji puncanya. Semua anak tentu mahukan yang baik-baik dan elok-elok. Jika dia melepak belum tentu niatnya jahat. Yang mesti dikaji kenapa dia melepak?
Tentu kita sedar, mereka adalah anak-anak zaman ini. Zaman tanpa sempadan tidaklah sama seperti zaman awal kemerdekaan. Kehidupan kanak-kanak kita tidak sama seperti kehidupan mereka.
Mereka sudah kenal ayam goreng dan mee segera sedangkan kita hanya kenal ikan kering di usia mereka. Mereka kenal i-pad dan segala gajet sedangkan kita dulu hanya tahu main perang 'senapang buluh' di dalam semak belukar.
Jika kita fahami situasi mereka, kita akan tahu mereka juga mahu maju dan berjaya. Soalnya bagaimana? Mungkin anak anda perlu hadir ke Kem kami!!!
KEM MOTIVASI ALA MADRASAH 2 (KMAM 2) +
KEM KEMBALI KE SEKOLAH (KKKS)
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
18 Hingga 21 Disember 2014 (Khamis - Ahad)
18 Hingga 21 Disember 2014 (Khamis - Ahad)
Daftar 3 Orang Percuma Untuk 2 orang!!
Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814)
Tempat KEM : Sek Men Islam Zadut Taqwa
(Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)
(Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)
115, Lrg Bistari 3, Jln Jurutera, Kg Seri Aman,
Puchong, Selangor
Puchong, Selangor
Umur Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17 tahun dan
ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI : Ust Mokhtar: 01121949613 /
Ust Haji Johari: 019-6226183 /
Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Ust Haji Johari: 019-6226183 /
Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Moto Kem ini ialah
"Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"
Bagi anak cucu yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah, Pak Lang titipkan di bawah ini beberapa panduan. Semoga ianya dapat membantu membina laluan kejayaan anda semua.
1) Memelihara sembahyang - sedapat-dapatnya berjemaah
2) Latihlah 'bercakap dan mengadu segala masalah dengan Allah'. Dia maha mendengar dan maha menolong.
3) Memohon doa restu Ibubapa dan guru-guru - dapatkan keberkatan serta 'perhatian Allah'
4) Mengusahakan tidur awal supaya dapat bangun di awal pagi untuk solat tahajjud dan lain-lain ibadah sunat serta mengulangkaji pelajaran.
5) Mendapatkan teknik dan gaya belajar yang tersendiri. Jangan ikut orang lain kerana situasi mungkin berlainan.
6) Faham apa yang dipelajari dan cekap membuat lakaran / ringkasan peta minda
7) Jadilah orang yang di depan. Latih diri dengan sifat berani
8) Jangan buat maksiat. Carilah keberkatan dalam pengajian bukan mencari kemarahan Tuhan
9) Fikirkan diri sendiri dari sudut positif
10) Bersungguh-sungguh mengurus masa
11) Cekal dan tabah menempuh ujian.
12) Cabar diri dengan hal-hal yang sulit dan payah
13) Bersungguh-sungguh menghargai dan menghormai guru – berkat
14) Bantu orang lain dalam semua perkara… Kebaikannya akan kembali kepada kita
15) Letakkan sasaran / matlamat di depan mata setiap hari
16) Latih sentiasa ada buku kecil untuk mencatat apa yang akan dilakukan setiap hari.
Ianya satu motivasi!
17) Jika kita anak orang berada, lupakan status keluarga kita. Usahakan merendah diri dan belajar memahami kesusahan orang lain. Binalah diri sendiri
18) Jika kita anak orang susah, positifkan jiwa kita dengan kekuatan jiwa serta cita-cita. Diri kita dimasa depan adalah apa yang kita lakukan sekarang
19) Buatlah perkara yang sepatutnya kita buat tanpa di suruh. Latih kepekaan diri. Kesannya sangat luar biasa!!
20) Jangan terperangkap dengan cinta monyet. Kawal diri dan hati dalam bergaul dengan jantina yang lawan jenis jantina kita. Sekali terperangkap 'jatuh cinta' kesannya berat terhadap perjalanan hidup kita.
21) Jangan terperangkap dengan sesuatu aktiviti negatif sehingga ke tahap ketagih. Elakkan dari mencuba. Kekalkan 'kejahilan dan dungu' dengan benda negatif. Jadilah peribadi yang boleh kendali diri sendiri. Jika terjebak dengan sebarang ketagih yang negatif, hilanglah kemerdekaan diri.
Dan lain-lain!
0 ulasan:
Catat Ulasan