Social Icons

Khamis, 18 Disember 2014

Banjir Di Tiga Negeri Pantai Timur & Selatan Thai.

GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam. IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.

KL: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam. Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka. 

Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16).
Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang. Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.

Di Terengganu, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini. Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat).

Di Pahang, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan . Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan).

Di Thailand, Banjir kilat merendam penempatan wargamuslim di Thailand. Hujan lebat dalam beberapa hari terakhiryang mencetuskan banjir besar dan telah menenggelamkanratusan rumah di bandar Narathiwat.
 
Wargamuslim Thailand melintasi genangan banjir setinggi paha ditengah hujan semasa banjir melanda bandar Narathiwat diThailand, Khamis (18/12)
 
 Banjir jugatelah menenggelamkan sebuah masjid di bandar Narathiwat,Thailand.
 
Seorangwanita warga muslim Thailand menyekat beg saat melintasigenangan banjir yang menenggelamkan kampung mereka diBandar Narathiwat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text