Social Icons

Wednesday, 24 December 2014

Gambar Banjir Di Kelantan : Terkini 24 Disember 2014

Paparan terkini tentang situasi banjir di Kelantan ini diambil dari blog MrJocko;

Gambar banjir di Kelantan semakin menjadi viral di Facebook. Melihat gambar-gambar banjir ini membuatkan MrJocko terasa betapa kesempitan ke atas mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang yang semakin hari semakin teruk.

Sebelum ni MrJocko dah kongsi beberapa gambar banjir di Kelantan pada 18 Disember 2014. Ingatkan sudah nak surut, tetapi rupanya ia semakin lebat dan semakin teruk melanda tempat-tempat yang rendah di Kelantan.






















Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk. Terkini banyak kawasan di Kuala Krai dan Gua Musang dinaiki air bah setinggi bangunan satu tingkat. Banjir kali ini di Kelantan catat rekod banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Diberitakan lebih 22,000 orang masih berada di pusat perpindahan banjir dan banyak jalan utama masuk ke Kelantan terputus dan ditutup. Ramai rakan-rakan MrJocko di Kelantan terpaksa membatalkan rancangan mereka bercuti kerana dugaan banjir ini. Rakan-rakan dari luar Kelantan juga, ramai yang membatalkan hasrat untuk melancong ke Kelantan sempena dengan musim Cuti Sekolah ini kerana banjir.

Nampaknya, dalam masa beberapa bulan sejak November 2014 hingga bulan ini Disember 2014, negeri Kelantan akan kehilangan pendapatan dari sudut pelancongan. Banyak hotel dan homestay mengalami kerugian. Perkhidmatan bas dan keretapi juga terpaksa menamatkan operasi buat sementara ini kerana bencana banjir. Ramai rakan-rakan yang berkerja sebagai Travel Agent di Kelantan juga terjejas teruk.

Kampung MrJocko di Tualang Tinggi masih lagi selamat dan buat masa ini masih lagi belum dinaiki air. Pun begitu ramai penduduk kampung sudah bersedia jika kemungkinan hujan makin lebat dan tak henti selama beberapa hari lagi.

Lihat beberapa gambar perkongsian rakan-rakan di Kelantan gambar banjir di Kelantan terbaru pada 24 Disember 2014.

Doakan keselamatan untuk penduduk Pantai Timur termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang. #PrayForPantaiTimur

1 comments:

  1. Takutnya la tengok gambar gambar banjir ni. semoga semua mangsa banjir tabah dan dilindungi oleh Allah s.w.t

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text