Social Icons

Rabu, 24 Disember 2014

Polis Marin Tolong Pegang Bayi Ketika OPS BANJIR KELANTAN

Sekeping gambar menunjukkan seorang anggota polis memegang bayi yang diselamatkan dalam kejadian banjir di Kelantan, disukai lebih 5,500 pengunjung yang melayari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Gambar yang menunjukkan seorang anggota pasukan Polis Marin yang berpangkat koperal dan bertugas di Pengkalan Kubor itu turut dikongsikan lebih 75 kali dan mendapat banyak komen. 

Koperal Zawawi Ali berkata, bayi yang dipegangnya pada gambar itu merupakan bayi lelaki berusia sebulan, anak kepada pasangan suami isteri yang rumah mereka terjejas akibat banjir. Katanya, dia menyelamatkan bayi itu dalam kejadian banjir yang berlaku Sabtu lalu di mana keluarga itu hampir terperangkap di dalam rumah mereka yang terletak di kawasan kampung Nibung, di Kelantan. 

Menceritakan mengenai kejadian itu beliau berkata, dia bersama dua rakan pada mulanya bertugas dan berada di dalam bilik Pusat Kawalan Operasi Marin di Pengkalan Kubor. Zawawi berkata, dia diarahkan oleh pegawainya untuk berada di dalam balai dan bersedia memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan. 

Katanya, dia mendapat panggilan daripada orang awam yang memberitahu tentang situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri terbabit yang baru menerima cahaya mata apabila rumahnya dinaiki air. “Saya terus menuju ke rumah itu selepas diberikan alamat oleh pengadu dan sejurus tiba saya dapati rumah mangsa telah ditenggelami air hingga ke paras lutut. 

“Ibu bapa bayi itu telah menyerahkan anak mereka kepada saya untuk dibawa bersama mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor,” katanya. Tambahnya, bayi itu selamat dipindahkan bersama kedua ibu bapanya serta seorang lagi anak lelaki pasangan itu yang mengalami masalah sindrom down. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text