KEM MOTIVASI ALA MADRASAH 2 (KMAM 2) +
KEM KEMBALI KE SEKOLAH (KKKS)
KEM KEMBALI KE SEKOLAH (KKKS)
Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan
18 Hingga 21 Disember 2014 (Khamis - Ahad)
18 Hingga 21 Disember 2014 (Khamis - Ahad)
Daftar 3 Orang Percuma Untuk 2 orang!!
Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS (03-80523814)
Tempat KEM : Sek Men Islam Zadut Taqwa
(Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)
(Rmh Amal Limpahan Kasih-RALK)
115, Lrg Bistari 3, Jln Jurutera, Kg Seri Aman,
Puchong, Selangor
Puchong, Selangor
Umur Peserta : 10 - 13 tahun / 14 - 16 tahun / 17 tahun dan
ke atas (Lepasan SPM)
HUBUNGI : Ust Mokhtar: 01121949613 /
Ust Haji Johari: 019-6226183 /
Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Ust Haji Johari: 019-6226183 /
Pn Cikgu Wan Nor Fauziah: 013-2576200
Moto Kem ini ialah
"Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"
_________________________________________________________________________
Ciri-ciri Pelajar Berpotensi Vs Bermasalah
Sesi persekolahan tahun 2015 akan mula dibuka tidak lama lagi. Maka kali ini Pak Lang ingin berkongsi bahan renungan bagi para pelajar. Ianya merupakan bahan umum untuk memotivasikan pelajar yang mahu membina diri. Apa yang Pak Lang paparkan di sini hanya panduan semata-mata. Perlaksanaan atau keberkesanan panduan ini bergantung kepada kesungguhan dalam bertindak. Cita-cita akan kekal sebagai angan-angan jika tidak diiringi dengan berusaha sedaya upaya.
CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH VS BERPOTENSI
Setap individu yang dilahirkan ke dunia adalah pilihan di antara yang terpilih. Bermula sejak di dalam kandungan ibu, manusia sudah bersaing, terlatih dengan perlumbaan menuju kecemerlangan. Manusia adalah himpunan watak yang baik dan buruk, berpotensi dan bermasalah.
Manusia terdedah dengan persekitaran, pengaruh pendidikan dan kesan pengalaman yang dialami. Secara semula jadi manusia mempunyai keinginan yang positif untuk dirinya tetapi di dalam diri manusia juga ada unsur yang sengaja diwujudkan untuk menguji manusia. Itulah peranan nafsu. Ianya adalah keinginan yang lebih cenderung ke arah kejahatan
Manusia perlu dipimpin, dididik dan dibimbing untuk berjaya menguasai dirinya, membawa dirinya ke destinasi yang diimpikan semua manusia. Di dalam ajaran agama, manusia mengharapkan kejayaan dan keselamatan di alam kehidupan semula selepas mati.
ITU HASRAT AKU
‘Itu hasrat Aku’ atau 'Itu yang ku mahu!' adalah laungan hati semua manusia. Secara nalurinya semua manusia mengimpikan kejayaan, kecemerlangan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya yang muluk-muluk. Semua manusia menyanyikan lagu dan senandung serta harapan yang sama. Akan tetapi soalnya kenapa tidak semua manusia mencapai apa yang diidam-idamkan itu?
APAKAH YANG MENJADIKAN MANUSIA TIDAK MENCAPAI HASRAT YANG SAMA?
Tuhan jadikan kehidupan dunia ini sebagai ujian mengukur kesungguhan hati seseorang manusia. Tuhan mahu lihat siapakah yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan apa yang dihajatkan. Kehidupan dunia yang mempunyai segala macam halangan, cabaran dan rintangan menjadikan tidak semua manusia mampu melepasi ranjau ujian ini. Umum manusia terjebak dalam kemelut yang tidak sudah. Jika diri tidak mampu melepasi rintangan yang mudah apatah lagi jika berdepan dengan lebih payah dan sukar.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Ianya diukur pada kekuatan dalaman hatinya dalam menempuh ujian. Pelajar cemerlang sudah terserlah wataknya pada penampilan, percakapan dan tindakannya.
Di antara ciri utama pelajar berpotensi mencapai kejayaan cemerlang di dalam hidupnya ialah
1) Kuat pegangan agamanya, beramal ibadah bahkan mampu mengimamkan solat.
2) Kuat menghubungkan hatinya dengan Tuhan. Taat dalam beribadah.
3) Kuat dan kental jiwanya - tahan diuji, dicaci dan dikeji serta tidak melatah.
4) Pandai mengurus diri, kewangan dan masa.
5) Ada wibawa, mahir dalam komunikasi dan serba boleh
6) Bersifat pengasih, prihatin dan berkasih sayang
7) Ada ilmu, maklumat dan pengetahuan melebihi orang lain - ghairah dengan ilmu.
8) Menjadi tempat rujuk orang lain - menyebarkan ilmu memberi panduan untuk orang lain.
9) Ringan tulang, suka menolong dan membantu
10) Berjiwa tenang, berlapang dada dan berwajah ceria
11) Bersikap positif dalam menghadapi semua situasi - bersangka baik dengan Allah
12) Pemaaf, penyabar dan bertolak ansur - bersangka baik sesama manusia.
13) Boleh diharap dan sangup memikul serta melaksanakan tanggung jawab dengan berkesan.
14) Cara bekerja dan berkeupayaan melakukan sesuatu tugasan dengan hasil yang terbaik
15) Banyak bersedekah / memberi hadiah dan menghormat orang yang lebih tua.
16) Dan lain-lain!
CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH
Pelajar bermasalah akan cepat dikesan pada wataknya, penampilan, percakapan dan tindakannya.
Di antara ciri pelajar bermasalah ialah
1) Tiada pegangan agama yang kuat - meninggalkan solat lima waktu, tidak berpuasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.
2) Maksiat dan mungkar menjadi amalan dan 'hiburan seharian'
3) Derhaka dengan ibubapa, tidak menghormati guru.
4) Hati yang lalai, leka dan sukakan hiburan semata-mata
5) Jiwa lemah walaupun kelihatan keras atau 'macho'
6) Gagal dalam mengurus diri, kewangan dan masa.
7) Tiada wibawa, gagal dalam komunikasi dan kaku berdepan dengan suasana yang lebih dewasa
8) Bersikap tidak peduli orang lain. Sombong.
9) Suka meniru atau menumpang hasil kerja orang lain. Tidak mampu berdikari
10) Menjadi bahan bualan / umpatan orang lain
11) Berat tulang, lebih suka tidur atau main ‘game’
12) Berjiwa keluh kesah, fikiran berserabut, gopoh gapah, wajah bermasalah
13) Bersikap negatf dalam menghadapi semua situasi.
14) Pendendam, kasar, suka bergaduh
15)Tidak boleh diharap, gagal memikul serta melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan
16) Suka curi tulang. Lebih suka berangan-angan. Berbuat sesuatu pekerjaan sambil lewa
17) Tidak berusaha menginsafi diri walaupun setelah mendapat kesan buruk dari tingkah laku yang negatif.
18) Mudah terpengaruh dengan kawan rakan, persekitaran yang merosakkan. Tiada jati diri.
19) Dan lain-lain!
0 ulasan:
Catat Ulasan