Dalam kehidupan seharian, manusia pasti menempuh berbagai ujian, cabaran dan masalah. Itu adalah lumrah kejadian insan. Tuhan jadikan kejadian alam ini saling kait-mengait, saling ada hubungan. Adakalanya hubungan sesama makhluk ciptaan Tuhan ini dalam bentuk sokong menyokong, bekerjasama dan saling membantu. Ada ketikanya, wujud pula konflik, pertentangan, perebutan, kalah mengalahkan, hancur menghancurkan.
Air bah menghancurkan apa sahaja. Api membakar memusnah bangunan, tumbuhan, binatang dan harta benda. Binatang pula yang kuat memakan yang lemah. Haiwan, unggas dan serangga hidup atas keupayaan menguasai sesamanya.
Hanya manusia yang Tuhan jadikan kehidupannya istimewa. Setiap yang bernama manusia - atas nama agama apa sekalipun, pasti mempunyai fitrah semula jadi yang tersendiri. Dengan akal fikiran anugerah Tuhan, fitrah manusia cenderong menjaga maslahat dirinya, keluarganya dan masyarakatnya.
Walaupun begitu, fitrah yang baik itu tidak mampu memandu manusia untuk mencapai kesempurnaan insaniahnya. Hal ini adakah kerana Tuhan bekalkan juga nafsu untuk berperanan menjadi pendorong sebenar. Malangnya nafsu lebih memihak kepada kejahatan.
Sebab itu fitrah sahaja tidak berupaya stabil melainkan akan sentiasa dipengaruhi nafsu untuk melakukan kejahatan. Di sinilah perlunya manusia kepada nabi-nabi dan rasul-rasul atau para pemimpin yang berperanan seperti para nabi dan rasul.
Allahlah yang memimpin para nabi, rasul dan orang-orangNya. Di setengah zaman, pada beberapa orang rasul, Allah bekalkan mereka dengan kitab panduan. Ianya memudahkan tugas mereka memimpin umat di zaman mereka.
Al-Quran yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya kitab dari langit yang terpelihara dan kekal keasliannya sampai bila-bila. Kemudian, Allah jadikan Nabi Muhammad SAW itulah sesempurna makhlukNya - bahkan kekasihNYa. Setiap apa yang terkandung di dalam Al-Quran, itulah yang ada pada diri dan peribadinya.
Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran adalah satu. Tidak ada pemisah antara keduanya. Kalau ada manusia bodoh yang memisahkan antara Al-Quran dan diri penghulu para rasul ini, jelaslah asas pemikiran normal seseorang manusia itu tidak ada dalam dirinya.
Allah itu kuasa yang terlalu dahsyat. Sepatutnya ancaman Tuhan akan menjadikan seseorang manusia - yang mengaku Islam itu - berhati-hati dalam bercakap dan bertindak. Tentulah seseorang yang normal itu akan mengambil kira apa jua risiko bagi setiap ucapan atau tindakannya.
Ertinya umat Islam sangat-sangat yakin Allah ialah kuasa yang akan membalasi setiap amal perbuatan hamba. Yang baik dibalas dengan kebaikan, rahmat dan kasih sayangNya. Yang jahat tentulah buruk dan dahsyat padahnya.
Umat yang beriman juga yakin dengan kuasa Allah dalam membantu dan menolong hamba-hambaNya. Tuhan itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim - maha pengasih dan maha penyayang. Dia maha segala-galanya - menghidupkan dan mematikan, memberi nikmat atau menimpakan ujian. Tuhan maha mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan jika kita pandai merujuk padaNya.
Tapi kenapa ya, dalam hidup Umat Islam kini, terjadi macam-macam masalah. Kenapa Tuhan yang di pohon doa dari-Nya untuk selesaikan masalah-masalah tidak pun mengkabulkan doa-doa umat yang menderita? Apakah yang tidak kenanya dengan doa-doa yang dilafazkan?
Biasanya seorang guru itu akan tunaikan permintaan anak muridnya atas dasar apa? Dan atas dasar apa pulakah guru tidak menunaikannya?
Ya kita setuju dengan guru yang memberi pertolongan kepada murid yang layak! Iaitu murid yang dengan pertolongan gurunya itu dia tidak sombong! Murid yang berjaya tapi teruslah merendah diri dan taat! Murid yang terus takut untuk melanggar disiplin-disiplin gurunya. Takut kalau-kalau guru hilang sayang padanya.
Maka demikian jugalah Allah terhadap hamba-hambaNya. Allah mendidik dengan Maha BijaksanaNya supaya hamba-hamba terbentuk menjadi peribadi-peribadi yang mulia. Lihat apa kata Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
1. Allah Penolong orang-orang yang bertaqwa.
2. Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan selesaikan masalah hidupnya dan

akan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga!
Demikianlah cara Allah untuk mengkabulkan permintaan-permintaan dari hamba-hamba Nya! Yakni hanya kepada hamba-hamba yang takut padaNya saja Allah akan tolong! Mana-mana hamba yang tidak mengusahakan taqwa, ertinya tiadalah kabul pertolongan yang diminta!
Jadi marilah kita berusaha untuk mendapatkan rasa takut kepada Allah dengan sesungguh-sungguhnya, disamping amat mengharapkan pertolonganNya! Juga tidak lupa kepada Nabi Pesuruh Allah Muhammad SAW yang akan melaksanakan pertolongan dari Allah kepada kita itu hendak ditambah rindu dalam berselawat padanya.Takut Allah dan Rindu Nabi ialah slogan kita yang inginkan pertolongan Tuhan.

Inilah formula penyelesaian sebenar kepada masalah gejala sosial yang sedang serius dalam masyarakat umat Islam di Malaysia. Umat yang sudah tidak pedulikan Allah dan Rasul ini hendaklah diusahakan agar mereka berubah menjadi orang yang takut pada Allah SWT dan rindu pada Nabi SAW. Maka bila semua peringkat umat Islam sudah mempunyai rasa takut Allah dan rindukan Nabi nescaya akan kabullah doa mereka kepada Allah! Pertolongan Allah pun berlakulah!Insya Allah!
Ingatlah apa jua yang berlaku pada kita, keluarga, masyarakat dan negara kita, adalah kasih sayang Allah utnuk kita. Ianya adalah peringatan untuk kita insaf. Jangan hanya kita merintih dan berdoa sedangkan masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa. Pertolongan Allah tentu tidak akan berlaku. Bartaubatlah dan tinggalkan dosa terlebih dahulu barulah berdoa kerana kemurkaan Allah itu perlu kita hindari sebelum menagih perhatian dan pertolonganNya.
Ingatlah juga bahawa nikmat Tuhan akan terus kita kecapi sekalipun kita menderhakaiNya. Itulah intipati dari sifat Ar-Rahman pada Allah SWT. Dia maha pemurah untuk apa dan siapa sahaja. Tuhan berikan untuk semua makhluk Allah samada kafir, fasik, munafik atau muslim / mukmin. Jika selain muslim, itu adalah pemberian dalam kemurkaanNya.
Untuk muslim yang berdosa, Tuhan tetap berikan nikmat tetapi dalam bentuk 'istidraj' iaitu dalam kemurkaanNya atau dalam ketidakredhaanNya!! Sebab itu jika telah diturunkan bermacam-macam azab, hendaklah kita segera bertaubat. Kembalilah kepada Tuhan agar kita mendapat redhaNya.
Ingatlah gejala sosial akan terus melanda keluarga siapa sahaja. Semua kemungkinan boleh berlaku dan ianya akan semakin bertambah dan meruncing serta menakutkan. Jika kita tidak serius mencari jalan penyelesaian dari Tuhan, kita pasti akan menyesal satu masa nanti.
Lihatlah di sekeliling kita apa yang sedang terjadi. Kita pasti akur semuanya sedang mengasak kita untuk kita segera bertaubat dan kembali padaNya!
Jika sudah berbagai azab yang Tuhan timpakan pada negara kita Malaysia, sepatutnya para pemimpin mengajak umat untuk menginsafi diri dan bertaubat meminta ampun padaNya! Tapi pelik, kalau sudah sampai begini sekali Allah tunjukkan kuasaNya kepada kita, mengapa belum lagi kita mahu takut Allah dan rindu Nabi lagi? Mahu Allah dan Rasul buat apa lagi baru kita mahu insaf?
Sekian.

0 ulasan:
Catat Ulasan