Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Teater Islami - Medium Dakwah Yang Berpotensi Dikembangkan

Imej
Kita faham tentang drama iaitu cerita yang dipersembahkan melalui lakonan. Ianya bermaksud aksi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan berkomunikasi secara simbolik dan dilakukan di hadapan penonton.  Semuanya ini dipersembahkan kepada penonton melalui imej dan cerita-cerita yang imaginatif. Maksudnya drama ialah sejenis karya seni yang menggunakan trak, bahasa, pentas, kostum, bunyi dan cahaya. Penekanan drama lebih kepada unsur sasteranya iaitu ungkapan dialog dan intonasi bahasa yang digunakan.  Manakala teater pula dimaksudkan pementasan atau persembahan sesebuah cerita di mana bahasa hanya menjadi satu daripada unsurnya.  Jika faktor-faktor gerak, pentas, kostum, bunyi dan cahaya merupakan faktor-faktor luaran bagi drama, tetapi sebaliknya ianya menjadi faktor-faktor dalaman dalam teater.  Unsur-unsur inilah yang kita dapat lihat di dalam Teater Transit Warga Tanah persembahan Kumpulan Remaja Harapan Pochan pada malam 28 Oktober yang lalu....

Allahu Akbar!!! (Gambar2) Kedah Dilanda ‘Puting Beliung’ Lagi.. Ada Yang Cedera & Kediaman Rosak Teru

Imej
ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi.  Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan. Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan akibat terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru. Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru. Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan ‘puting beliung’ itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong. Fenomena alam yang berlaku buat kali kedu...

Kejadian Puting Beliung Di Kedah

Imej
Kejadian 31/10/14 (Video di atas adalah rakaman kejadian puting beliung di pendang, Kedah pada 15 Okt lalu) Sebanyak 71 rumah dan sebuah klinik bidan rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kota Setar petang tadi. Sehingga kini, kawasan yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya. Tinjauan Bernama di kawasan terlibat mendapati banyak rumah penduduk rosak teruk dengan bumbung rumah diterbangkan angin dan ada rumah yang ranap. Sebanyak 25 rumah terlibat di Taman Mergong Jaya manakala di Kampung Sungai Baru, ia melibatkan 22 buah rumah, dengan satu daripadanya ranap, serta sebuah klinik bidan. Di Kampung Mergong Hilir, enam buah rumah terlibat manakala Kampung Batin (10 rumah) dan Taman Inang (8 rumah). Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata pihaknya menerima panggilan awal daripada orang ram...

Lagi Gambar Teater Transit Warga Tanah

Imej