Social Icons

Khamis, 9 Oktober 2014

Jijik? - Orang Gaji Memasukkan Darah Haid ke Dalam Minuman Majikannya

SINGAPURA: Seorang amah Indonesia berdepan dengan hukuman penjara setahun dan denda selepas didapati bersalah mencampurkan darah haid ke dalam minuman majikannya.


Jumiah, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman majikannya di Choa Chu Kang pada Ogos 2011. Dia bekerja dengan majikannya, Phang Nyit Sin, 38 sejak setahun lalu. Wanita berkenaan memberitahu mahkamah, dia bercadang mengaku bersalah. Kes itu akan disebut sekali lagi minggu depan. 

sumber: hmetro.com.my

Komen Pak Lang:

Kita kena adil dalam membuat penilaian. Jangan terus menghukum orang gaji tersebut. Dakwaan ke atasnya mungkin berdasarkan bukti yang nyata. Tetapi banyak berlaku penganiayaan oleh majikan terhadap orang gaji terutama terhadap wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah. Ada yang dirogol di tahap menjadi 'perempuan simpanan' majikan. Ada yang dipaksa memakan yang haram, tidak dibenarkan bersembahyang dan menutup aurat. 

Kalau didera, dipukul, dicaci dihina itu sudah lumrah. Mereka terperangkap dalam kepungan 'kontrak kerja' yang tidak memungkinkan mereka lari. Di Malaysia mungkin lebih mudah mereka melarikan diri mengadu dengan polis tetapi di Singapura?

Kes-kes sbegini juga banyak berlaku di negara-negara timur tengah. Sungguh menyedihkan kerana mereka tertekan, tertindas dan tidak ada ruang untuk mengadu. Bagi yang kurang iman, langkah sumbang yang akan dilakukan termasuk melakukan 'sabotaj' terhadap majikan. Berbagai cara di lakukan bergantung bentuk penderaan atau penganiayaan yang mereka terima. Jika sudah keterlaluan dan tindakan simajikan sudah tidak berperikemanusiaan, maka mereka sanggup membunuh majikan. 

Jika setiap hari mereka dirogol, apa yang mampu mereka lakukan untuk menamatkan penderitaan? Tanpa kekuatan iman dan kesungguhan meminta pertolongan Allah, mereka sanggup membunuh majikan mereka yang kejam itu. 

Berpuluh orang wanita pembantu rumah dihukum pancung atas 'kesalahan' yang sebegini. Pihak berkuasa di sana lebih melindungi rakyat tempatan. Warga asing yang dipersalahkan. Tentu mereka punya hujjah dan alasan tersendiri.

Apa pun kita di Malaysia mesti melayan manusia yang datang ke negara kita dengan adil dan saksama. Memang ada ramai penyangak dan penjenayah berbagai bentuk yang menyusup masuk tetapi berhati-hati bukan bermakna keterlaluan. 

Bagi warga Indonesia dan mana-mana negara yang datang ke Malaysia, kami alu-alukan tetapi berusahalah menghormati dan memahami budaya hidup masyarakat tempatan. 

Jika kita dekat dengan Tuhan, Tuhan akan membantu selesaikan masalah kita. Tidak ada masalah atau himpitan duka yang tidak boleh diselesaikan. Allah maha tahu mengenai hal keadaan kita. "Carilah" Dia dan mengadulah terlebih dahulu dengan Dia yang maha mendengar. Jangan bertindak melulu. 

Karenah manusia akan sentiasa berlaku. Tanpa menjadi pembantu rumah pun, setiap kita akan teruji dengan sikap dan tingakhlaku manusia di sekeliling kita. Hanya kesabaran sebagai ubat bagi setiap kesakitan. 

Semoga kita makin matang dalam memahami kesempitan kehidupan yang berbagai ragam demi mencapai kesenangan dan keselamatan akhirat yang kekal abadi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text