Penipuan bacaan meter pam minyak di stesen minyak sedang terbongkar. Kita baru sedar selama ini kita diperdaya. Entah berapa banyak wang yang kita sudah bayar untuk minyak yang tidak masuk ke tangki kereta kita!!
Tentu sudah lama penipuan ini dilakukan!! Memang kita kadang-kadang perasan kandungan minyak yang baru dipam masuk ke dalam kenderaan tidak tepat dengan harganya. Biasanya kita malas hendak bertanya yang tentu kena berpatah balik. Mendiamkan sahaja hal sebegini menjadikan para penipu ini tambah bersemangat. Bayangkan RM5 setiap kereta!! kalau sehari 100, 200, 500 buah???
Untuk elakkan penipuan sebegini, carilah pengusaha kedai minyak yang beragama Islam - seboleh-bolehnya yang kita kenal hati budinya. Harus diingat, di kalangan pekerja asing di stesen minyak juga mempunyai banyak kepakaran. Jika mereka berjaya berbuat sesuatu pada mesin pam tersebut, bayangkan berapa banyak yang mereka dapat? Walaupun tidak mudah, orang yang berdaya kreatif seperti mereka, akan menemui jalan untuk terus 'mencuri dan menipu'!!
Mohd Zulkifli (kiri) bersama pegawai penguatkuasa PPDNKK Putrajaya menunjukkan cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.
IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.
Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.
Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.
Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin.
Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.
“Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd.
“Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat.
“Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang
diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih. SINAR HARIAN SH
0 ulasan:
Catat Ulasan