Mengaji Quran
Ketika kecil - di sekolah rendah - kami anak-anak Felda Guar Napai akan mengaji Quran setiap hari di rumah Mak Long Denah (Al-Marhumah). Suaminya Pak Long Seman diamanahkan menjadi pengurus kedai syarikat. Ini adalah kedai milik bersama semua peneroka FGN yang menjual pelbagai barangan keperluan harian.
Mengaji di rumah Long Denah menjadi kenangan yang membahagiakan. Puluhan anak murid lelaki dan perempuan berdatangan ke rumahnya sebaik jam 2 petang - hingga jam 5 petang. Suara puluhan anak sekolah rendah mengaji muqaddam dan Al-Quran memang jauh kedengaran gemanya. Ianya diselang seli dengan tingkah suara Mak Long Denah yang membetulkan bacaan kami. Meriah suasananya
Bila sudah mengaji pondok dan mendalami pengajian agama, Pak Lang sedar apa yang kami lalui - mengaji di rumah Long Denah adalah suatu yang sangat bermakna. Ianya permulaan kehidupan yang diwarnai dengan keindahan ayat-ayat al-Quran. Bumi Felda tempat kami tinggal itu jadi begitu berkat. Hidup aman damai, bertolong bantu, bergotong royong dengan penuh muafakat.

Rumah Mak Long Denah itu masih rumah asal yang disediakan pihak Felda. Kecil dan comel. Walaupun belum ada bekalan letrik, semua tidak merungut dengan kepanasan. Sebenarnya keadaannya tidaklah terlalu panas. Kami boleh duduk bersesak-sesak sambil tekun membaca . Mengulang-ngulang sendiri atau dibantu teman itulah yang 'menghingar-bingarkan' suasana menunggu giliran untuk membaca di depan Mak Long.
Jika kami salah, mulanya Mak Long akan membetulkannya secara lembut dan biasanya berkesan. Tetapi ada juga di kalangan kami yang 'bengap' sikit. Agak susah hendak mengeja dan menyebut dengan sempurna. Berkali-kali di tegur masih tidak dapat juga. Ketika itu barulah Mak Long menaikkan suara. Biasanya Mak Long akan arahkan murid yang lebih besar dan lebih mantap bacaannya untuk membimbing si'bengap' tadi.

Mengaji Quran antara aktiviti pendidikan utama di kalangan anak-anak Felda ini. Ianya inisiatif Pak Long Seman dan Mak Long Denah untuk menyumbang masa dan tenaga dalam mendidik anak-anak jiran mereka. Kebanyakan kami di Felda ini ada hubungan dan kaitan keluarga kerana datang dari kampung-kampung di sekitar.
Jadi rasa bertanggung jawab untuk membantu mendidik kami semua - yang dianggap seperti anak sendiri itu menjadi pendorong yang kuat kepada mereka berdua. Hasil keikhlasan mereka suami isteri mempergunakan rumah mereka sebagai taman Al-Quran, Allah berkati keluarga mereka. Semua anak-anak Pak Long cerdik-cerdik dan berjaya belajar sehingga di peringkat universiti. Ada yang menjadi pegawai tadbir, doktor, guru dan sebagainya.

Kesungguhan ibu bapa kami menekankan soal mengaji Al-Quran sampai khatam memang ketara. Rata-rata kami khatam Al-Quran ketika masih di sekolah rendah. Pak Lang sendiri bersyukur - berkat didikan Mak Long, Pak Lang dapat bawa ilmu 'Alif, Ba, Ta" ini sampai ke peringkat Al-Azhar. Ya! "Alif Ba Ta" nya Pak Lang belajar dengan Mak Long.
Mak Long dan Pak Long memang buat kami seperti anak mereka sendiri. Kami pula anggap mereka seperti ibu bapa kami disamping sebagai guru. Hubungan guru dan murid-murid ini sangat membekas ke hati kami. Meriahnya ketika itu suasana 'kelas pengajian Al-Quran Mak Long Denah, Tuhan saja yang tahu.
Ketika itu di semua rumah, memasak menggunakan dapur kayu api. Kayunya di kutip daripada dahan atau ranting getah yang jatuh di ladang (kebun) getah. Setiap minggu hari Jumaat dan Sabtu, kami akan mencarikan kayu api untuk keperluan rumah Mak Long. Berpuluh orang anak-anak kecil ini akan masuk ke kebun getah berkumpulan.
Masing-masing mendapatkan dahan dan ranting getah, mengikatnya lalu memikulnya balik ke rumah Mak Long. Ada satu dua kumpulan mengangkutnya menggunakan basikal tua. Sebaik sampai, semua akan mengambil bahagian, memotong (mengerat) dan membelahnya. Kemudian semua kayu yang dibelah sama saiz itu disusun bertingkat tinggi.
Kami lakukannya secara gotong royong di kalangan anak-anak sebaya kami. Kami 'manage' sendiri. Dan menariknya kami terlatih buat kerja hingga selesai. Semuanya berebut-rebut dalam berkhidmat untuk Mak Long. Tidak ada yang culas, malas atau berehat santai membiarkan orang lain bekerja. Situasinya terbit dari rasa cinta dan sayangkan guru. Kami semua amat menghargai jasa Mak Long Denah.
Satu hal yang tidak boleh dilupakan ialah bagaimana Mak Long bermurah hati menyediakan juadah air minuman dengan bubur kacang hijau yang sangat lazat. Indahnya suasana.

Gotong royong ini kami lakukan dari masa ke semasa. Ikut apa keperluan Pak Long dan Mak Long. Ketika Pak Long hendak luaskan halaman rumah - untuk menjadi tapak membangunkan rumah yang baru, kami bergotong royong mencangkul tanah bukit di depan rumahnya. Tanah itu kemudian kami angkut untuk di ratakan di bahagian belakang rumah.
Kami masukkan tanah itu ke dalam kereta sorong atau memasukkannya ke dalam guni dan mengangkatnya ke belakang rumah. Puluhan anak-anak kecil bekerja seperti semut, berpeluh-minyak setiap orang. Tetapi dalam hati terasa puas. Air muka kami bahagia berkhidmat kepada seorang guru yang banyak jasa.
Walaupun sesekali kami dirotannya, kami tetapi sayangkannya. Mak Long memang tegas dan garang - itupun pada pandangan budak-budak. Sebenarnya itulah caranya dalam mendidik kami dan anak-anaknya. Mak Long tidak membezakan kami dengan mereka.

Rumah Mak Long Denah dan Pak Long Seman memang rumah bertuah. Berkat Al-Quran melimpahi ke segenap ruang rumah dan keluarganya. Bila Pak Lang sudah mengaji pondok dan mengenali dari dekat kehidupan orang-orang beragama, Pak Lang sedar betapa bernilainya pengorbanan Pak Long dan Mak Long.
Bayangkan rumah mereka menjadi pancaran suara bacaan Al-quran dari anak-anak yang belum berdosa (belum baligh). Suara Al-Quran ini bukan sahaja bergema di sekitar perkampungan kami setiap hari pagi atau petang, tetapi juga bergema ke langit yang ketujuh. Para malaikat tentunya (seperti dinyatakan di dalam hadis) mengutip bacaan kami dan membawanya ke hadhrat Allah swt secara langsung. Ianya berlaku setiap hari - 7 hari seminggu...Masya Allah!!

Jika hari cuti sekolah Jumaat dan Sabtu, kelas mengaji Al-Quran ini tetap diteruskan pada sebelah pagi atau petang. Ianya mengikut keadaan dan kesesuaian. Kadang-kadang cuti panjang persekolahan hujung tahun, kelas pengajian Al-Quran ini tetap diteruskan. Mak Long seolah-olah tidak mahu rehat dari memberi khidmat mulianya itu. Mak Long mahu terus mengajar kami - membetulkan sebutan atau bacaan kami.
Pak Lang yakin, pengalaman puluhan tahun mengajar Al-Quran menjadikan Mak Long sudah hafal Al-Quran secara begitu. Menariknya ialah anugerah Allah padanya. Ingatannya cukup kuat. Mak Long ingat ayat dan surah Al-quran yang kami baca. Setiap kali kami tersilap atau tersalah. tanpa di lihatnya - sekadar dari jauh Mak Long akan meninggikan suara membetulkan kesilapan sebutan, tajwid dan sebagainya.

Mak Long kembali ke rahmatullah ketika Pak Lang berada di Guar Napai. Ketika itu Pak Lang menetap sementara di Felda Guar Napai - berkhidmat mengajar di Maktab Pengajian Islam, Kodiang. Mak Long jatuh di tangga masjid Guar Napai.
Rasanya malam itu, baru 2,3 hari Ramadhan (1998?). Ketika mahu menaiki tangga masjid untuk solat Isya dan Terawikh, Mak Long terus jatuh dan tidak sedarkan diri (Darah tinggi). Ketika di Hospital Jitra malam itu sempat Pak Lang ikut melawat.dan menbacakan surah Yasin untuknya.
Mak Long akhirnya dijemput Allah ke sisiNya setelah puluhan tahun menyumbang tenaga bakti berjuang memandai anak bangsanya dengan mengajar Al-Quran.

Ya Allah, ampuni dan rahmatilah Mak Long Hajjah Denah dan Pak Long Haji Seman serta keluarga - atas jasanya mengajar kitab suciMu untuk kami semua. Muliakanlah mereka dan kami semua dengan kemuliaan Al-Quran ketika kami berada di hadapanMu di Padang Mahsyar.
Jadikan mereka sekeluarga dan kami semua mendapat kasih sayangMu di dunia dan akhirat - dengan berkat Al-Quran. Matikanlah kami dengan sebaik-baik kematian, dan tolonglah lepaskan kami dari siksa kubur dan siksa neraka (Wal -'iya zubillah) dengan berkat Al-Quran dan dengan berkat syafaat Rasulullah SAW. Amin!!
Mhn para pembaca blog ini sudi menghadiahkan al-Fatehah untuk Al-Marhumah Mak Long Hajjah Denah. ALFATEHAH.
(Dianggarkan blog ini dikunjungi oleh 5,000 ke 8,500 orang pengunjung setiap hari).

0 ulasan:
Catat Ulasan