Social Icons

Khamis, 30 Oktober 2014

Warga Tanah: Bawa Lumpur Ke Pentas

Paparan berikut diambil dari blog Puan Noor Mala Shahar. Sila KLIK DI SINI

Warga Tanah: Bawa lumpur ke pentas
by NOOR MALA SHAHAR on SEPTEMBER 26, 2014

Naskhah teater Warga Tanah karya Abu Afif menjadi pertaruhan kumpulan Remaja Harapan bagi membawa cabaran negeri Kedah untuk Festival Teater Kebangsaan Malaysia 2014 pada 26 Oktober hingga 1 November ini.

Menerusi kejayaan menjuarai Festival Teater Negeri Kedah 2013 , kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2000 ini terpilih ke festival berprestij yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarahnya Abu Hurairah berkata, anggotanya bukan saja datang dari negeri Kedah, malah juga dari negeri lain.

“Biasanya kami buat persembahan berbentuk nasyid dan pementasan muzikal di dalam negara dan negara luar seperti Thailand. Untuk kali ini, kami bentuk sebuah kumpulan khas bagi mencuba nasib dalam Festival Teater Kebangsaan.

POSTER Warga Tanah.

BABAK latihan teater Warga Tanah.

Warga Tanah: Bawa lumpur  ke pentas 1x1.trans hiburan  Images
BARISAN pelakon Warga Tanah tekun mendengar arahan disampaikan oleh Abu Hurairah.

“Pasukan kami seramai 20 orang termasuk produksi akan memberikan yang terbaik. Konsep teater kami ialah Islamik dan ketuhanan. Kami pegang pada prinsip sesuatu yang dibuat daripada hati akan jatuh ke hati.

“Warga Tanah sebenarnya banyak kali dipentaskan oleh kami. Justeru, kami sudah ada momentum untuk beraksi di hadapan penonton di Auditorium DBKL nanti,” katanya.

Cerita dalam Warga Tanah berkisarkan empat watak utama iaitu Orang Kaya, Si Petani, Sang Perintih dan Sang Peringat. Ia menghuraikan mengenai kehidupan manusia dan penyesalan yang dilalui mereka.

“Setiap watak mempunyai kekuatan tersendiri dan saling berkaitan antara satu sama lain. Bagi menguatkan cerita, kami bawa lumpur bersama ke atas pentas sebagai simbolik tubuh kita berasal daripada tanah.

“Kami juga dapatkan tip daripada juara Festival Teater Malaysia 2012, kumpulan Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB) mengenai cara untuk menyerap tekanan dalam pertandingan.

“Bagaimanapun, pada kami apa yang penting ialah mesej yang dibawakan menerusi naskhah ini dan sekiranya menang ia satu bonus,” katanya.

Pencapaian tertinggi yang diraih oleh Remaja Harapan menerusi pertandingan teater ialah anugerah juri. Kali ini, mereka meningkatkan kualiti persembahan bagi mendapat hasil yang lebih baik.

“Kami sering tampil dengan genre kemanusiaan dan harap ia dapat menyentuh hati semua golongan. Mungkin pasukan lain pun buat yang sama, tapi kami tampil dalam konteks yang berbeza.

“Bahkan juri bukan Islam yang mengadili kami ketika pemilihan pun teruja kerana kami ada kelainan tersendiri di mana persembahan kami ada visual, audio dan teaterikal.

“Elemen ini mewarnai teater moden yang kami panggil eksperimen. Penambahbaikan dibuat dalam Warga Tanah menerusi karakter di mana emosi akan lebih mendalam.

“Kami giat melakukan latihan dua kali sehari iaitu pada sebelah siang dan malam. Kami berkarya bukan untuk kepuasan penonton semata-mata, tapi untuk diri sendiri. Teater bagi kami adalah satu terapi,” katanya.

Selain anggota sedia ada, Remaja Harapan juga giat menambah penyertaan baru terutama pelajar sekolah agar meminati teater.

“Kami akan mencari pelapis baru agar mencintai teater khususnya teater Islamik. Mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook kami dengan menaip RH Teater GRUP,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/26


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text