Bila Suami Disoal “Abang Sayang Saya?”
IMAM SYAFIE pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”
Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”
Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.
“Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”.
0 ulasan:
Catat Ulasan