Bagi sesiapa yang mahu tahu, inilah lagu yang mampu melunturkan hati yang keras dan sombong. Lagu ini boleh menjadi terapi jiwa bagi sesiapa yang mahu melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik. Senikata atau lirik lagu ini sangat menyentuh hati.
Kekuatan lagu ini mampu menggetarkan jiwa seorang bekas penjenayah yang mengaku dirinya insaf setelah menghayati lagu ini. Elok mendengarnya sambil memejam mata dan menghayati liriknya secara mendalam. Insya Allah mengingati Allah itu hati menjadi tenang!!
Kalau Tuhan Dikenali
Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
Ini komen mereka yang mendengar lagu ini: KLIK DI SINI
Anas Fikri dari Putrajaya:
Menangis masa dengar lagu ni, mendalam sangat
zulkifli dari kluang johor:
indah, sejuk telinga mendengar setiap rangkap lagu itu sesungguhnya Allah itu indah dan Allah itu suka sesuatu yang indah
are-long dari taiping:
terbaik....sye sgt ske la..
arifin dari batu pahat johor:
suara kumpulan mawwadah sangat merdu
Hasanuddin dari sandakan sabah:
sy suka sngt lgu ni,tng bla mndngr ny,pe pun tq bbnyk.
niqi dari kuantan:
tq mawadah
nur aisyah dari perak:
menyentuh hati
zila dari kunak,sabah:
terasa diri ini bgitu lemah..bru diuji sikit dah mula mengalah
Fahim dari I:
langsung menangis mendengar lagu ini
Man dari Lahad Datu:
Baik utk Muallaf - knal diri maka knal TuhanNya
ibnu salam dari semarang:
Aku terkesan dengan lagu ini, lirik dan musiknya halus,
newrule_adhim dari Semarang/Indonesia:
Berharap untuk selalu dapat menjaga cinta suci kepada-Nya... meski hati ini begitu lemah dan hina... @ kamaliah. M. : Cinta anak kepada ibu bapa adalah salah satu perwujudan cinta qta kpada Illahi Rabby...
Kamaliah.M dari Kota Kinabalu:
Lirik lagu ini sgt mengesankan jiwa dan msj yg dsmpaikn ckup jelas. Cuma ada sesetengah lirik lagu yg cara penyampaiannya kurang sesuai spt - Cintakan selain Tuhan Cinta Murahan - agak2 cinta kepada ibubapa masuk kategori mana?
Ask one dari penang:
lirik yang menarik&alunan suara yang menyanyikan lagu ini pun begitu menyentuh perasaan serta tidak jemu mendengarnya
azman azlan dari tawau:
kenali Allah, cintai Rasul,..anak kunci kasih sayang sesama manusia... kalau Tuhan kita kenali, nescaya Hidup tidak akan sunyi kerana ada Tuhan sebagai Rafiqul A'la. Lirik ini bukan sekadar lirik lagu spt lagu yg lain, tp penuh dgn mksud yg trsirat dan paling pnting adalah cinta kita kpd Tuhan.anda semua perlu kpd Tuhan. Oleh itu larilah kpd Tuhan bukan lari dr Tuhan. -Azman_Qatrunnada_Tawau_Sabah
0 ulasan:
Catat Ulasan