Berikut adalah monolog hati seorang penulis blog yang Pak Lang kutip untuk dipaparkan di sini. Bahan monolog beliau wajar untuk direnungi kita semua. Semoga ianya bermanfaat menginsafkan kita.
Assalamualaikum,
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah. Insya Allah.
Dalam sebuah hadis Qudsi ada dinyatakan :
"Dalam 1000 orang, hanya 1 orang sahaja yang akan masuk ke dalam syurga TANPA dihisab"
(Sekadar khayalan / agakan pelukis)
Semoga, Allah memilih kita untuk termasuk ke dalam golongan yang seorang itu.
Rasa Lain Macam Sejak Dua Menjak Ini
Sejak kebelakangan ini, entah mengapa saya rasa lain macam sangat. Saya rasa macam kematian sangat hampir. Bukan saya rasa nak mati dah, tapi saya rasa macam Allah boleh ambil nyawa saya pada bila bila masa.
Setiap hari, di Facebook, siaran berita dan di Whatsapp group, ada saja terbaca dan terdengar ada orang yang meninggal secara mengejut. Atau dalam erti kata yang lain, Allah menjemput mereka pergi secara tiba tiba.
Sesekali saya terfikir, andai kata Allah menjemput saya pergi pada hari ini.
Adakah saya sudah bersedia?
Sudahkah saya bersedia untuk masuk ke lubang 'keramat' ini?
Adakah cukup amalan yang saya telah lakukan sepanjang hidup saya untuk melayakkan saya masuk ke dalam syurga Allah tanpa dihisab.
Adakah Allah sudah mengampunkan dosa dosa saya. Allahuakbar. Bila terkenang semua ini, meremang bulu roma saya. Andai ku dijemput pergi, dimanakah tempat ku nanti?
Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga Nya tanpa dihisab.
Malaikat Maut Menziarahi Kita 70 Kali Setiap Hari
Saya selalu terlupa. Tetapi, Malaikat Izrail tidak pernah lupa untuk 'melawat' saya. Setiap hari 70 kali beliau akan datang menjenguk saya. Ini bermaksud dalam setiap jam hampir 3 kali beliau akan mengunjungi saya.
Allahuakbar.
Takutnya rasa untuk mati. Tapi, saya tidak boleh takut untuk mati. Sebab mati adalah syarat untuk saya masuk ke dalam syurga Allah.
Persoalan Yang Bermain Dihati
Antara perkara yang selalu bermain di fikiran saya adalah bekalan untuk saya di sana. Saya sedar, bila saya mati suatu hari nanti, akan terputus segala amalan saya di dunia ini melainkan tiga perkara :
1. Amalan kebaikan yang telah saya lakukan sepanjang hidup dahulu.
2. Doa dari anak yang soleh.
3. Pencen kubur - Ilmu atau sumbangan yang saya berikan dan bermanfaat kepada orang lain.
Bila difikirkan hal ini. Seram sejuk jadinya saya.
Alhamdulillah, syukur saya ada buat 'sedikit' kebaikan sepanjang hidup saya. Persoalannya, ikhlaskah saya dalam melakukannya. Jika saya tidak ikhlas, Nauzubillah. Habis semua amalan saya akan ditolak mentah-mentah.
Farees yang masih kecil sekarang ini.
Jika difikirkan doa dari anak yang soleh. Allahuakbar. Anak saya masih kecil lagi sekarang ini. Farees baru berusia 5 tahun dan Fateh berusia 2 tahun.
Jika saya pergi hari ini, adakah mereka akan mendoakan saya satu hari nanti. Adakah akan ada kiriman Surah Al Ikhlas buat saya setiap hari.
Sebab saya tahu, doa dari anak yang soleh sangat mustajab akan sampai kepada ibu bapanya yang telah tiada secara direct.
Bila difikirkan kembali, apakah pencen kubur yang saya buat selama hidup saya ini?
Maksud saya, MLP ( Multi Level Pahala ) yang akan beri pahala yang berterusan dalam hidup saya nanti.
Dalam erti kata lain, ilmu bermanfaat yang saya sampaikan dan diamalkan oleh orang lain. Yang mana saya akan dapat pahala bila mana orang itu beramal dengan ilmu yang saya kongsikan.
Allahuakbar.
Layakkah saya untuk masuk ke dalam syurga Allah.
Keazaman Di Hati
Tahukah anda, bila mengenangkan kematian. Ia menguatkan keazaman saya untuk berjaya lebih cepat dalam hidup saya. Saya nak jadi orang yang kaya. Yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang lain. Saya nak jadi orang yang berjaya. Yang dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain.
Saya perlu fikirkan apakah MLP yang boleh saya buat selepas ini. Agar sekali saya buat, ia akan memberi pahala yang berpanjangan dalam hidup saya.
Saya berazam untuk lebih banyak berkongsi ilmu ilmu yang Allah berikan kepada saya dengan orang lain. Saya kena berazam untuk lebih banyak memberi, memberi dan terus memberi agar saya banyak menerima di akhirat nanti.
Jom Muhasabah
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada kita semua untuk sama sama bermuhasabah dengan amalan amalan kita. Andai kata kita dijemput pergi bertemu dengan Allah pada saat ini, adakah kita sudah bersedia untuk ke sana?
Jika belum, ayuh tuan tuan, puan puan. Kita sama sama memperbaiki diri.
Ajaklah isteri kita, suami kita, anak kita, saudara mara kita, sahabat handai kita untuk sama sama kita sentiasa memperbaiki diri kita.
Sentiasa untuk buat yang terbaik dalam kehiduapan dunia dan akhirat.
Doakan Saya
Kepada para pembaca sekalian, saya mohon anda semua doakan kesejahteraan buat diri saya dan keluarga.
Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk buat yang terbaik dalam hidup saya,
Sentiasa hidup dan berfikir "Apa aku boleh beri kepada orang lain?"
Semoga saya dapat beristiqamah dalam kehidupan.
Semoga hidayah Allah sentiasa bersama saya.
Saya juga mendoakan anda semua agar Allah beri kekuatan untuk anda mencapai apa yang anda impikan.
Saya doakan anda kaya dan berjaya, diberi yang terbaik dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Wassalam
Hamba Yang Hina,
Mengharapkan Rahmat Dan Kasih Sayang Dari Allah
0 ulasan:
Catat Ulasan