Social Icons

Jumaat, 10 Oktober 2014

Azmil Mustapha, Hijrah 7 Tahun Cari Ilmu, Kini Bersama Halal TV

Ramai yang sudah berhijrah, tetapi masih ramai yang belum. Yang masih teragak-agak juga lebih ramai. Hati rasa mahu dan ingin berubah mencari jalan Allah tetapi akal menolaknya. Berdasarkan logik, akal yang dibantu syaitan dan nafsu terus mengganggu hasrat hati mahu mencari ketenangan abadi iaitu mendapatkan Allah. 

Syaitan meragu-ragukan dengan berbagai hal negatif. Ada saja hujjah kreatif syaitan menolak hasrat hati untuk menjadi hamba Allah yang taat. Hanya siapa yang kuat melawan hawa nafsunya sahaja yang akan berjaya. Peluang terbuka kepada siapa sahaja. Tepuk dada tanya iman!!!

Kisah Azmil Mustapha sangat wajar dijadikan pendorong sesiapa yang mahu berubah. Biarlah apa orang hendak kata, yang penting apa yang kita hendak jawab di hadapan Allah di akhirat!!

Azmil Mustapha masih lagi mendapat tawaran lakonan meskipun tidak lagi aktif di bidang tersebut.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Bekas pelakon era 80-an iaitu Azmil Mustapha menjelaskan penghijrahannya ke negara Syria kira-kira tujuh tahun lalu bukanlah kerana merajuk dengan industri seni negara tetapi kerana mencari ilmu..

Sebaliknya, Azmil, 62, berkata, dia ke negara itu membawa bersama-sama empat orang anaknya iaitu Nurazalea Arifah, 24, Nor Amalia Batrisya, 23, Mohd. Bazli Zhafri, 19, dan Nur Alia Iman, 13, ke negara itu adalah untuk mencari ilmu bagi menambah pengetahuan agama Islam. Alhamdulillah. Begini ceritanya penglaman lalunya kepada mStar.

"Ketika mula mendalami agama, hati saya masih lagi berasa kosong. Kemudian saya membuat sembahyang hajat untuk mendapatkan petunjuk, dan saya diberi petanda untuk ke Syria.

"Saya membawa keempat-empat anak ke negara itu dengan poket kosong. Tetapi, Alhamdulillah perjalanan dan kehidupan kami di sana dipermudahkan.

"Jadi tidak ada istilah saya merajuk dengan dunia seni atau tidak. Cuma saya ingin mencari ilmu ke jalan Allah. Itu sahaja," katanya.

Azmil yang kini duda turut mempunyai seorang anak iaitu Nur Syamira, 28, hasil perkahwinannya yang pertama. Tambah Azmil, selepas lima tahun di negara itu, dia berhijrah ke Pattani, Thailand untuk membangunkan sekolah agama..

Gambar saat popular Azmil.

Pelakon popular dengan filem Ali Setan, pernah berjaya mencipta nama menerusi filem Mekanik sebagai pelakon utama pada 1983 berjaya mencecah kutipan Boxoffice itu kali terakhir berlakon tahun 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang membuat keputusan untuk kembali ke tanah air. 

"...Saya tidak mahu lagi berlakon..." Tetapi dia kini sedang melibatkan diri dengan sebuah stesen televisyen baharu iaitu Halal TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Menerusi saluran itu, Azmil menjadi penerbit program dan pengacara bagi program Selebritillah yang menampilkan Janet Jackson, Yusuf Islam dan beberapa selebriti muallaf antarabangsa. 

Selain itu, Azmil turut menerbitkan program lain iaitu Tic Tech Tric (mengenai dunia elektrik) dan Sufi Seeker. Al-hamdulillah Azmil, selamat mengabdikan diri kepada agama Islam! (IH)

KREDIT UNTUK SUMBER; BLOG IBNU HASYIM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text