Social Icons

Sabtu, 25 Oktober 2014

Azmin Ali - Anak Angkat Tun Dr Mahathir Yang Terus Meningkat

Jika Dato' Seri Anwar di penjarakan, satu-satunya tokoh paling menonjol di dalam PKR adalah Azmin Ali. Jawatan MB Selangor yang dipertanggung-jawabkan padanya merupakan medan utama untuk beliau terus menonjol. Bukan sekadar di peringkat Pakatan Rakyat, MB yang baru berusia 50 tahun ini akan terus melonjak namanya. Mungkinkah beliau yang akan sampai dahulu ke Putrajaya berbanding Khairy Jamaluddin?

Menariknya jika ditanya siapa yang disokong bekas Perdana Menteri itu diantara kedua anak muda tersebut - agaknya apa jawapan Tun?

 


Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapa dan anak malah dianggap sebagai “anak angkat”. Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.

“Saya kenal Dr Mahathir lama ketika saya menjadi pemimpin pelajar Malaysia di AS." 
“Saya banyak berinteraksi dengan beliau sama ada dalam pertemuan di Amerika ketika lawatan kerja beliau ataupun ketika saya balik ke Malaysia semasa cuti musim panas,” kata Azmin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malah, Azmin juga mendedahkan Dr Mahathir turut pernah meminta bantuannya untuk meredakan tentangan para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika ketika itu terhadap pentadbirannya.

“Dan ada satu ketika saya menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dari Amerika yang balik semasa cuti musim panas untuk bertemu dengan Dr Mahathir dalam satu dialog besar. Saya ingat hampir dua ribu pelajar.

“Ketika itu pelajar-pelajar Malaysia di Amerika memang menentang kerajaan, ada satu tempoh dalam tahun 80-an, dimana pelajar Malaysia termasuk yang ditaja kerajaan menentang kuat kerajaan.

“Jadi Dr Mahathir meminta bantuan bagaimana saya boleh memainkan peranan untuk meredakan suasana ini dan supaya mereka memahami. Itu antara usaha yang saya buatlah,” kata Azmin ketika mengimbau hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir ketika itu.

Hubungan beliau dengan Dr Mahathir sememangnya sangat rapat ketika itu sehinggakan tarikh perkahwinannya juga dipilih oleh bekas presiden Umno tersebut.

“Sehinggakan saya mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1988, beliau merupakan tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan itu.

“Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah,” kata Azmin lagi.

Malahan Azmin juga mendedahkan penglibatan awal beliau dalam politik sekitar tahun 1987 juga bermula daripada peluang yang diberikan sendiri oleh Dr Mahathir yang mahu beliau berada di sisi Anwar pada ketika itu.

“Apabila saya habis tamat buat Master dan pulang, dan dia (Dr Mahathir) kata kerjalah dengan Datuk Seri Anwar. Yalah ketika itu dia baik. Jadi saya ikutlah arahan.

"Saya mula berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar pada 1 Oktober 1987 iaitu sebaik sahaja pulang dari Amerika,” katanya.

Bagaimanapun, panas tidak berpanjangan apabila bibit hubungan suram dengan bapa angkatnya itu mula kelihatan pada tahun 1997 sebelum insiden pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text