Social Icons

Thursday, 16 October 2014

Rahsia Allah Ciptakan Kaum Hawa Daripada Tulang Rusuk Yang Bengkok


Tahukah dirimu, 
bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, 
dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. 

Kenapa? Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.

Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, 
memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa,
 dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, 
maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..

Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. 
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk 
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri 
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal 
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Wahai Adam, mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan 
Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.

Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. 
Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu

Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk 
bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada 
kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, 
mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama 
berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan 
hal ehwal kehidupan.

KREDIT SUMBER: PENPATAH

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text