Social Icons

Jumaat, 3 Oktober 2014

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2014 Di Malaysia Pada Tahun Ini

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2014 Di Malaysia. Seperti yang sedia maklum, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau masyarakat kita lebih senang memanggil Hari Raya Korban untuk 1435H tidak lama lagi. Hari Raya Aidiladha ini antara perayaan terbesar umat Islam selain hari raya Aidilfitri di seluruh dunia. 

Di Malaysia, tarikh Hari Raya Aidiladha ditentukan melalui kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Tarikh melihat anak bulan untuk Hari Raya Aidiladha 2014 di Malaysia adalah pada 24 September 2014 bersamaan 29 Zulkaedah 1435H dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh hari raya Aidiladha 2014 pada malam 24 September 2014 melalui siaran televisyen.

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2014 akan jatuh pada hari Ahad iaitu pada 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H. Pengumuman Hari Raya Aidiladha 2014 di Malaysia telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada Rabu Malam 24 September 2014.
Berikut adalah teks pengumuman beliau yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM)

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 September 2014 Masehi

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Oktober 2014"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text