Doa boleh mengubah takdir. Demikian kata-kata yang pernah aku dengar dari dulu lagi. Namun jujur saja sebelumnya aku bukanlah orang yang percaya dengan kuasa doa. Aku tahu doa adalah senjata, namun usaha haruslah dilakukan juga. Bahkan aku sebenarnya sering melebihkan usaha berbanding doa. Padahal aku dilahirkan oleh ibu dan ayah yang benar-benar menjadikan doa ialah kekuatan utama.
Tuhanlah yang akhirnya merubah perasaanku tentang doa itu. Berkat didikan dan asakan Abuya dan Ummu yang sering mengingatkan betapa kita tiada apa-apa jika tanpa doa yang dipanjatkan kepada Tuhan yang maha segala-galanya. Usaha lahir sebagai syariat itu sudah tentulah dilakukan semaksimum yang bisa. Namun penentunya adalah doa. Kalau kita mendapat kejayaan tanpa berdoa,takut-takut kita merasakan kejayaan itu milik kita! Bahaya!
Berdoa adalah satu cara melahirkan sifat hamba. Ketika kita merasa cukup lemah tidak berdaya, tapi kita meyakini akan adanya kuasa yang boleh melakukan apa saja. Maka kita panjatkan doa kepadaNya bersama harapan bahawa segala permasalahan dan permintaan akan mendapat perhatian Tuhan. Kita adukan segala kekurangan dan kelemahan mohon ditampung setiap kecacatan.
Aku sering mendengar Abuya dan Ummu bertanya, "kamu dah doa?" kepada mereka yang mengadukan masalah. Di situ aku terfikir....Abuya Ummu yang dikenali cukup gigih berjuang itu pun ternyata mengandalkan kuasa sebuah doa! Bahkan itulah rupanya rahsia kekuatan mereka.
Kerana itu sering aku persoalkan ke dalam diri setiap kali menemukan jalan buntu setelah berusaha sehabisnya. "Apakah engkau merasa engkau lebih tahu untuk selesaikannya? Apakah engkau fikir Tuhan tidak ada cara?" Dan persoalan itu cukup membuatkan aku jadi malu kepada Tuhan yang telah menawarkan sebesar-besar pertolongan dan kita hanya diminta untuk memohon sesungguh hati kepadaNya. Dan aku bahkan menolaknya?
Abuya dan Ummu lah yang mengajarkan bagaimana untuk menemukan Allah dan Rasul yang ghaib itu didalam setiap doa. Selalu aku mendengarkan doa-doa yang Abuya dan Ummu panjatkan,dan aku belajar untuk pandai berbahasa dengan Tuhan. Kata-kata apakah yang mesti diucapkan, !perasaan apakah yang mesti dirasakan? Sungguh! doa ialah surat cinta terindah kepada Tuhan. Ianya diungkapkan dengan linangan airmata tanpa segan silu mengharap diringankan sedikit bebanan yang ditanggung.
Disaat lelah berperang dengan nafsu, aku katakan kepada Tuhan lewat doa dan rintihan bahawa ini sajalah nilai seorang hamba. Sudilah wahai Tuhan berikan sedikit kekuatan. Dan percayalah.. Permohonan itu tidak pernah Tuhan sia-siakan.
Hairan.. Tuhan mahu saja 'mencemar duli kebesaran' dengan mengisytiharkan betapa Dia menunggu-nunggu keluh kesah si hamba mengadu padaNya bersama jaminan bahawa segala pengaduan akan dilayan!
Abuya Ummu ajarkan juga tentang adab-adab untuk berdoa. Dimulai dengan memohon ampun kepada Tuhan,diikuti memuja memuji kebesaran dan keagunganNya. Setelah itu barulah kita sampaikan hajat yang terpendam. Dan yang lebih ajaibnya ialah bilamana sesebuah doa itu ternyata lebih mudah dikabulkan bila kita akhirinya dengan berselawat sebanyak-banyaknya kepada Nabi yang padanyalah jatuh pandangan Tuhan.
Sekarang aku dikelilingi oleh ramainya adik-adik yang sedang mengikuti program pencarian bakat "All In One" anjuran Tvikhwan. Tidur baring, duduk-duduk dengan mereka, membuatkan aku sedar sesuatu. Aku hanya dapat mengawal fizikal mereka dalam tempoh tertentu. Berusaha memandu dan berkongsi rasa. Sempat aku gusarkan bagaimana agaknya mereka setelah ini? Dan bila aku sedar kemampuanku berakhir disitu maka kuasa Tuhanlah yang akan melakukannya - dengan doa yang tiada hentinya. Dengarlah wahai Tuhan..
Hebat tuhan bilamana telah berjaya membuatkan dunia mempercayai akan kuasa sebuah doa. Disana sini 'Pray4MH370' dilaungkan, dan itu cukuplah sebagai bukti bahawa Tuhan lah yang sedang sangat berperanan. Jangan pernah putus harap, sesungguhnya doa-doa yang tidak dikabulkan didunia maka kita akan mendapatkannya di akhirat sana. Insya Allah.......Sila Klik DI SINI untuk ke Blog Puteri Abuya

Salam sejahtera. Khaulah, tolonglah doakan saya dan kaum keluarga agar
BalasPadamdapat menyertai jemaah Ikhwan di dunia dan akhirat. Abuya selalu di hatiku selamanya...
Salam sejahtera. Abuya selalu di hatiku.
BalasPadamAbuya selalu di hatiku.
BalasPadam