Social Icons

Isnin, 30 Mac 2015

Gaya Hidup Seorang Menteri Yang 'Sempoi'

Menteri ‘sempoi’ beli barang keperluan rumah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ditemui ketika sedang membeli-belah dan beratur di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya tanpa sebarang protokol seperti pemimpin tertinggi negara yang lain. - Foto TRP/Ikhwan Hazwan

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2015:

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sememangnya diketahui ramai dengan sifat sangat ‘sempoi’ dan rendah diri.

Bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai menteri kabinet, malah dalam kesibukannya juga turut melakukan peranan seorang ibu dan isteri dalam menyediakan barangan keperluan rumah.

Namun, The Rakyat Post berkesempatan bertemu dengannya yang sedang membeli-belah di sebuah pasar raya tanpa sebarang protokol seperti pemimpin tertinggi negara yang lain.

Sekilas pandang, sesiapa sahaja yang berada di situ tidak akan perasan seorang menteri sedang menolak troli yang penuh dengan barangan rumah dan juga sayur-sayuran.

“Saya sudah biasa datang membeli barang rumah apabila mempunyai masa lapang. Kebetulan hari ini saya berada di Parlimen dan selepas selesai kerja di sana saya meluangkan masa sebentar untuk membeli stok barangan.

“Sambil-sambil itu saya juga bawa cucu saya keluar jalan-jalan dan boleh memilih sendiri bahan-bahan untuk saya masak. Apabila tengok sendiri baru tahu apa yang hendak dimasak untuk keluarga,” katanya kepada The Rakyat Post pada Rabu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai protokol, Ahli Parlimen Batang Lupar itu dengan selamba memberitahu beliau meminta semua pegawainya supaya tinggal di pejabat.

Jelasnya, beliau lebih selesa untuk datang sendiri tanpa sebarang protokol kerana ia lebih mudah dan cepat.

“Kalau tidak ada protokol ini, orang ramai tidak akan perasan dan kenal saya sangat,” katanya berseloroh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text