Bersama Mohd Ajwad, Mohd Adib Dan Mohd Dhirar - Di Stable Kuda Ikhwan,
Pochan, Kodiang (Gambar hiasan)
Pusat Latihan Pengurusan Kuda Ikhwan (Gambar hiasan)
Stable kuda yang dibangunkan sendiri Sdr Mohd Adib dan
rakan-rakan remajanya (Gambar hiasan)
Membangunkan prasarana Pusat Latihan Pengurusan Kuda Ikhwan
(Gambar hiasan)
Ilmu yang dipraktikkan akan melahirkan generasi yang praktikal - tahu bertindak.
Latih diri dengan kepayahan dan kesulitan - belajar selesaikan masalah sendiri - hidup berdikari, berjiwa besar dan berani.
'Asrama' Kuda yang serba lengkap dan selesa (Gambar hiasan)
10 Perkara Yang Mampu MENGUBAH Hidup Anda – SERTA MERTA
1. Mengubah Diri Anda
“Jika anda ingin melihat perubahan pada dunia ini, mulakan dengan perubahan DIRI ANDA”
Sekiranya anda mengubah diri anda, seluruh perkara didalam dunia ini juga turut mengalami perubahan secara tidak lansung kerana kita dan yang lain adalah berhubung kait secara lansung dan tidak lansung.
Permasalahan yang mungkin berlaku jika anda cuba untuk mengubah orang lain tanpa mengubah pada diri anda ialah ANDA TETAP DIRI ANDA. Apabila anda mengubah yang lain, diri anda masih seorang yang negatif, pemarah, sabotaj-diri dan lain-lain perkara yang tak baik masih berada pada diri anda.
“Ubahlah diri anda, perkara/orang disekeliling anda akan turut berubah”
2. Anda Menguasai Diri Anda Sendiri
“Tiada siapa yang mampu mengubah hidup anda, melainkan anda mengubahnya sendiri”
Semua perkara yang berlaku didalam hidup anda adalah bergantung kepada persepsi anda. Samada anda ingin menerima hal itu secara POSITIF atau NEGATIF. Anda berkuasa untuk menentukannya, orang lain tidak mempunyai kuasa atau hak LANSUNG untuk menentukannya melainkan diri anda sendiri. Mereka hanya mampu memberi pandangan, tetapi diri anda yang menentukannya.
3. Memaafkan Setiap Kesalahan
“Orang yang LEMAH bersifat pendendam, SIFAT PEMAAF adalah sifat orang yang HEBAT”
Setiap manusia melakukan kesilapan, dan kita juga tidak terlepas daripadanya. Sekiranya kita tetap berada dalam keegoan untuk berdendam, perkara ini tidak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila malahan memberi efek yang tidak baik kepada hidup anda sendiri; menderita, sakit hati, buntu dan sebagainya.
Memaafkan setiap kesalahan akan membuatkan diri anda lebih tenang dan bahagia. Kebanyakkan orang ingin hidup bahagia, tetapi diri masih bersifat dendam. Kunci kebahagiaan hidup adalah menjadi seorang yang pemaaf. Amalkan perkara ini setiap hari pada setiap kali anda ingin tidur, dengan memaafkan setiap orang yang pernah membuat kesalahan pada diri anda.
4.Tanpa Bertindak Anda Tidak Akan Kemana-mana
“Usaha yang sedikit adalah lebih baik daripada seribu doa”
Tanpa mengambil tindakan walau sedikit tidak memberikan apa-apa perubahan kepada diri walau seribu doa dipanjatkan untuk berjaya
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11)
"ILMU hanya pengetahuan yang diperoleh, KEFAHAMAN dan HASIL pengetahuan akan hanya diperoleh apabila anda mulai BERTINDAK"
Oleh itu, untuk mencapai apa yang anda inginkan, memperoleh kefahaman tentang diri anda dan seluruh alam ini, anda perlu BERTINDAK. Ilmu hanya memberikan anda pengetahuan sahaja, anda perlu bertindak untuk menjadikan ilmu itu satu kefahaman dan memberikan hasil kepada hidup anda.
“Mulakan TINDAKAN yang kecil dan KONSISTEN anda pasti BERJAYA”
5. Fokus Kepada Apa Yang Anda Perlu Lakukan SEKARANG.
“Esok adalah angan-angan, semalam adalah sejarah, hari ini adalah peluang untuk kita ambil dan mengubah kepada yang lebih baik”
Perkara yang terbaik supaya kita sentiasa dapat meneruskan setiap usaha yang kita lakukan adalah sentiasa memikirkan solusi pada setiap masalah yang sedang berlaku sekarang. Kebanyakkan daripada kita terlalu takut dengan perkara bakal berlaku pada masa akan datang, “takut tak diterima pandangan”,”takut orang tak suka”,”takut tak ada masa”,”takut tak ada duit”.
Perkara-perkara seperti ini selalunya yang akan menghalang, melemahkan semangat kita untuk berusaha dan sukar membuat keputusan dalam hidup. Sekiranya anda ingin berjaya atau membuat apa sahaja keputusan dalam hidup, fikirkan tindakan yang mampu anda lakukan SEKARANG untuk merealisasikannya. Biar usahanya kecil tetapi tetap konsisten kearah apa yang kita mahukan.
6. Semua Manusia Adalah Sama
“Setiap manusia diciptakan sesempurna kejadian”
Apabila kita melihat KEJAYAAN seseorang kita dengan mudah berkata “Ala dia boleh la..dia pandai aku tak pandai”. Ini adalah satu sikap yang harus dibuang terus dalam diri. Kita sendiri yang memandang rendah potensi diri. Setiap manusia Tuhan ciptakan sama sempurna. Mempunyai akal yang sama hebat, sama sempurna dan sama kuasanya. Bergantung kepada kita untuk menggunakannya atau tidak.
“Tidak kira siapa diri anda, bangsa, keturunan, kita adalah SAMA”
Setiap manusia membuat kesilapan. Kesilapan itu bukan bermakna kegagalan tetapi proses hidup untuk kita pelajari daripadanya dalam menuju kesempurnaan hidup. Setiap kesilapan kita harus mempelajarinya. Jika kita meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi terhadap seseorang, ini akan mewujudkan jurang antara diri anda dan dirinya secara tidak lansung akan memberi kesan negatif pada diri anda; sikap terlalu merendah diri.
INGAT jangan mudah menyalah atau menghukum diri sendiri secara keterlaluan sehingga anda menjadi seorang yang kurang berkeyakinan. Sekiranya anda melakukan kesilapan, belajar daripada kesilapan itu dan teruskan usaha anda, bangkit, dan cuba lagi sehingga berjaya.
7. Bersikap Tabah
“SIMTOM anda akan BERJAYA; Pertama, anda akan dipulaukan/dijauhi, kemudian anda akan ditertawakan, selepas itu anda akan dimusuhi, dan yang terakhir anda akan BERJAYA”
Terlalu cepat mengalah adalah satu sifat yang harus kita ubah. Kita harus lebih tabah dengan setiap dugaan/ujian yang kita terima kerana dugaan ini yang akan menguatkan kita apabila BERJAYA kelak. Tanpa kekuatan ini kita tidak akan mampu berdiri sebagai orang yang berjaya dalam setiap usaha yang kita lakukan.
Setiap usaha yang kita lakukan untuk melahirkan hasil yang kita ingini memerlukan proses. Adakalanya prosesnya mudah, adakalanya sukar. Semakin tinggi kelebihan yang kita inginkan, semakin kuat dugaan yang akan diterima. Ini adalah ‘Sunatullah’ nya atau hukum sebab dan akibat.
“Tabah dalam apa jua keadaan, sentiasa menceriakan hidup akan membuatkan anda lebih kuat semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya”
8. Lihat Perkara Yang Baik
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan pada diri. Sekiranya anda inginkan satu perubahan, FOKUS hanya kepada kelebihan atau kebaikan diri seseorang. Ini akan membuatkan anda lebih mudah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Perhubungan anda akan menjadi lebih positif dan menyenangkan.
Apabila anda melihat kebaikkan pada seseorang, anda akan lebih mudah dan senang untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada mereka. Memberi pertolongan atau berkhidmat dengan menambah nilai hidup mereka kearah perkara yang lebih baik.
“Lebih banyak anda berikan, lebih banyak yang anda akan peroleh”
Setiap pertolongan yang anda berikan akan memberi semangat dan inspirasi kepada meraka untuk membantu yang lain pula. Sekiranya perkara ini berterusan, anda masih ingat “kita berhubung kait antara satu sama lain” ? Seluruh manusia daripada komuniti yang kecil kepada komuniti yang lebih besar akan menjadi POSITIF dan UTUH. Maka wujudlah PERPADUAN ANTARA MANUSIA.
9. Menjadi Diri Anda Sendiri
“Apa yang kita fikirkan, ucapkan, dan apa yang kita lakukan haruslah HARMONI/seiring”
Ini adalah salah satu skil yang harus kita peroleh supaya kita terus berjaya didalam hidup,disegani,berpengaruh, dan dihormati. Apabila apa yang kita fikirkan, ucapkan, perbuatan itu seiring dan sejalan anda akan merasakan diri anda lebih berkeyakinan dan bersemangat.
Apabila apa yang anda ucapkan dan fikirkan seiring, hal ini akan terlahir pada ucapan yang anda berikan kerana setiap ucapan yang benar atau palsu dapat ditentukan daripada tona suara dan bahasa badan anda.
Sekiranya tindakan anda tidak seiring dengan apa yang anda ucapkan, ini akan memberi impak yang tidak baik kepada diri anda dan orang lain.
10. Sentiasa Membuat Perubahan Yang Lebih Baik
“Perubahan hidup yang konsisten adalah hukum alam, untuk itu setiap manusia sentiasa mempertahankan setiap kepercayaan mereka supaya nampak konsisten, tetapi tidak menyedari mereka sedang berada dipihak yang salah”
Sentiasa mencari kebenaran dalam hidup adalah satu perkara yang tersangat mulia. Anda adalah lebih baik daripada mereka hanya menerima sesuatu perkara bulat-bulat tanpa menganalisanya secara kritikal atau kita gelarkannya ‘Pak Turut’.
Sememangnya anda akan kelihatan tidak konsisten dimata mereka kerana sentiasa berubah-ubah pandangan sedangkan mereka tidak tahu bahawa anda sentiasa mendapat ilmu dan kefahaman yang lebih baik setiap masa. Sekiranya anda tidak berada didalam keadaan ini, andalah yang digelar sebagai ‘Pak Turut’ atau mungkin sedang berada dipihak yang salah.
“Jika kamu mengikuti majoriti manusia di muka bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya andaian semata-mata, mereka hanya meneka-neka.” (Surah Al-an’aam:116)
Apabila anda melihat sesuatu yang tidak harmoni pasti ada sesuatu yang tidak baik didalamnya. Carilah kebenaran anda pasti jumpa jawapannya. Memilih jalan hidup untuk sentiasa mengubah diri kepada keadaan yang lebih baik adalah satu tindakan yang berguna untuk diri dan seluruh umat manusia.
Semoga usaha kita diberkati.
0 ulasan:
Catat Ulasan