Social Icons

Selasa, 6 Mei 2014

Dari Blog AnjangMuor - Berubahlah!!!

‎Salam ceria.
Sebelum jam 5 pagi biasanya staf GISB dah bangun tidur. Khususnya yang bermalam di bandar-bandar atau pusat perniagaan GISB. Yang ditua-tuakan tentu kena bangun awal. Bersiap-siap menyucikan diri. Berpakaian lengkap untuk mengadap Allah. Mendirikan malam atau sebahagian malam. Bersembahyang. Mengaku kelemahan diri di hadapan Tuhan yang Qadir lagi Muqtadir. 
 
Bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa-dosanya, kedua ibubapanya, guru-gurunya, anak isterinya. Seluruh kawan-kawannya dan umat Islam amnya. Memohon dan meminta Allah tunaikan hajat-hajatnya. Hajat duniawi dan ukhrawi. Tuhan sajalah sebenar-benar tempat meminta. Dia sajalah yang mampu mengabulkan permintaan.
وقال ربكم ادعوني استجب لكم

Lepas solat malam, kalau masih ada remaja yang belum bangun, kena kembali mengejutkan mereka. Seboleh-bolehnya seluruh staf GISB hendaklah melazimkan diri bersembahyang malam walaupun hanya 5 rakaat. 2 rakaat tahajjud, 3 rakaat witir. Walaupun di usia remaja. Sejam sebelum Subuh sudah meriah dengan selawat. Apabila masuk subuh, azan di laungkan seterusnya selepas solat sunat qabliyah, sembahyang Subuh didirikan secara berjemaah di seluruh surau-surau GISB di merata tempat. Itu dulu. Sebelum 60 orang berkursus di PPAJ Jelebu.

“Apa perasaan orang, kita sembahyang tempat kita je? Meriahkan surau kita je? Sedangkan surau atau masjid di taman yang kita tinggal sudah ada. (kadang-kadang) Kita duduk di kawasan yang umat Islam adalah minoriti. Semakin nampak umat Islam berpecah! Dah le sikit, surau asing-asing. Kalau macam nii, Islam ke?‎ Mulai hari ini saya isytiharkan tutup semua surau-surau kita! Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh di surau dan masjid berdekatan. Ada peluang, ikuti kuliah-kuliah di masjid. Sembahyang zohor dan Asar saja dibenarkan di surau kita memandangkan ia waktu bekerja.”

Begitulah penegasan yang dibuat oleh pengerusi eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Dato Hatijah Aam di Bandar Country Homes.‎ Masih terngiang-ngiang di telinga. Pagi ini, anjang bermalam di GISB Segambut dan sebelum subuh pergi ke Surau Ikhwaniah (bukan GISB punya) di seberang jalan. Segambut Tengah. Pergi dengan Che Din Kebajikan. Menapak je. Bukan jauh sangat. 
 
Alhamdulillah dapat bersolat berjemaah dan bermesra dengan ahli qariah. Kebanyakan mereka orang Minang. Berasal dari Padang Indonesia, tetapi dah lama menetap di situ. Di rak, selain mashaf Al Quran, terdapat banyak kitab tafsir Pimpinan ar Rahman terbitan JAKIM dan banyak juga kitab-kitab karangan ulama Indonesia seperti tafsir Al Azhar oleh Prof Dr Hamka.

‎Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan panduan dan bimbingan yang berterusan dari pihak berwajib, para staf GISB akan diterima di arus perdana. Kata PE GISB lagi, “Kalau terbakar tempat kita, siapa kita panggil? Bomba! Ikhwan ada Bomba sendiri? Kerajaan punya juga. Kalau sakit, masuk hospital kerajaan juga! Letrik putus, pergi ke TNB, air cari Syabas! Jangan la rasa kita boleh hidup sendiri! Jangan rasa kita besar sangat, tak mahu bersama masyarakat sedangkan segala kebaikan dalam masyarakat atau dari kerajaan kita ambil!” itulah antara penekanan-penekanan dari beliau.

Hasilnya, kebaikan-kebaikan juga yang akan diperolehi seperti berita yang anjang terima dari kawan-kawan di Pahang yang mana mereka berhubung dengan pihak JAIP, Pegawai Tadbir Agama Ust Mohd Zaki dan Majlis Agama Islam Pahang di pejabat Mufti. Kadhi bersetuju untuk menyampaikan kuliah Fardhu Ain 2 minggu sekali bermula pada malam esok (malam ini) selepas Magrib di Taman Guru. Semua muslimin, muslimah dijemput hadir. Dato Mufti pula bersetuju untuk memberi kuliah sebulan sekali untuk ahli GISB Zon Pahang yang tarikhnya akan di tetapkan kemudian. Terima kasih Tuhan. Moga ilmu kami bertambah, taubat kami diterimaNya.

Bilik tetamu, GISB Segambut.
8.19am, Mei 6, 2014

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text