Pak Lang dan kawan-kawan di dalam GISB / YKPPM sangat bersyukur kepada Allah SWT. dengan perkembangan terkini - hasil pematuhan fatwa GISB. Sepertimana termaklum, Puan Ibu Hatijah Aam selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd telah mengambil keputusan mematuhi fatwa pengharaman Al-Arqam, Syarikat Rufaqa' dan Global Ikhwan serta apa-apa yang berkaitan dengan Aurad Muhammadiah. (Baca di sini dan di sini).
Ramai yang mengikuti episod bersejarah ini dari jauh dan dari media internet. Walaupun 'publisiti' berkaitan tindakan Puan Ibu Hatijah Aam akur dengan kehendak fatwa ini tidak meluas di media konvensional, gemanya sudah merata-rata. Disamping ramai yang teruja dengan perkembangan ini, tentunya ada pula pihak atau individu yang mengikutinya secara sinis.
Buarkanlah dahulu pandangan dan persepsi mereka yang tidak tahu hujung pangkal. Bebanan membuktikannya terpikul di atas pundak kami semua. Dalam pada itu, Pak Lang dan kawan-kawan dalam pimpinan GISB / YKPPM sangat memaklumi latar belakang proses yang membawa kepada pematuhan fatwa ini. (Baca di sini).
Kami barisan pimpinan GISB bersama Puan Ibu Hatijah Aam telah mengikuti Kursus Pemantapan Akidah di Pusat Pemantapan Akidah Jelebu hampir sebulan yang lalu. Ianya adalah proses utama dalam usaha kami mematuhi sepenuhnya kehendak fatwa. Kami mengikutinya secara serius dan amat menghargai setiap detik keberadaan kami di dalam kursus yang sangat bermakna itu. Apa yang tersirat di sebalik kursus itu adalah hasil yang dicapai di akhir kursus.

Kami difahamkan kursus itu telah berjaya mencapai matlamat atau sasarannya. Ya!! kami semua telah melepasi satu proses yang 'mencemaskan' banyak pihak. Terutama urusetia dan para fasilitator, kedatangan kami sebagai 'bekas pengikut Arqam' ke PPAJ itu disambut dengan rasa hati yang berbagai.
Disamping mereka menghargai kemahuan dan kesediaan kami untuk dikursuskan, mereka juga bimbang, insiden-insiden 'di luar kawalan' yang mungkin sahaja berlaku. Persepsi adalah ruang hitam di dalam minda yang sangat menakutkan. Cuma sebagai para pegawai di jabatan agama - walaupun adanya gambaran negatif, mereka masih mempunyai pendirian yang jelas terhadap kami iaitu 'husnuzhan' atau bersangka baik.
Pada Pak Lang, pendirian JAIS dan JAKIM terhadap kami sepanjang kursus ini untuk melihat kami berubah yang didasari oleh husnuzhan ini merupakan faktor utama kejayaan kursus tersebut.
Apa yang menarik ekoran kursus tersebut ialah respon positif daripada badan berkuasa agama di negeri-negeri. Mereka menyambut baik usaha yang telah dilakukan JAIS dan JAKIM dalam melakukan proses atau kursus pemulihan untuk kami. Kursus Pemulihan Akidah di Jelebu baru-baru ini dilihat begitu berkesan. Hasil yang diperolehi dari kursus selama 2 minggu itu diakui sangat positif. Ianya menandakan bahawa kami semua tidaklah sedegil yang disangka sesetengah pihak.
Justeru jabatan agama dan pejabat-pejabat mufti negeri-negeri telah memberi maklum balas positif dalam menyokong usaha pemulihan sebegini. JAIS telah memulakannya dan apa yang telah berjaya dilakukan JAIS ini mendorong semua pihak melakukan program susulan. Keikhlasan juga adalah suatu yang sangat bermakna dalam mencerna lefahaman, penerimaan dan kepatuhan di pihak kami.
Wajah-wajah barisan urusetia dan para fasilitator masih terbayang di ruang mata kami sehingga ke hari ini. Bahkan kami semakin rapat sekarang melalui 'whatsapp' dan sebagainya. Kasih sayang yang terpahat di hati-hati kami rupa-rupanya membuka ruang kebersamaan yang lebih lebar bahkan tidak bertepi.
Dalam pada itu para pimpinan GISB yang mengikuti kursus di Jelebu itu telah sepakat menjadikan majlis ilmu sebagai aktiviti rutin di dalam syarikat. Kami menghargai usaha JAIS / JAKIM memperkenalkan kami dengan barisan tenaga pencermah, guru dan pembimbing ilmu yang berwibawa sepanjang kursus berlangsung. Belajar dan menguasai ilmu merupakan kewajipan yang berterusan hingga ke liang lahad. Dan kami sepakat tidak mahu lagi terkongkong dengan hanya mendapatkan ilmu dari sumber dalaman GISB semata-mata.
Maka hasil sokongan dan bantuan JAIS, respon jabatan agama dan pejabat-pejabat mufti negeri-negeri sangat positif. Kebanyakannya akan membantu menghantar guru-guru agama atau penceramah bertauliah bagi mengisi program pengajian Fardhu Ain dan bimbingan agama kepada warga GISB secara khusus. Ini semua sedang berjalan di beberapa tempat. Dato' Mufti Negeri Pahang sendiri antara mufti yang menyambut hasrat kami menjemput beliau memberi kuliah di Kuantan untuk semua warga GISB Pahang. Pejabat mufti dari negeri-negeri lain juga kebanyakannya sudah memberi respon yang positif.
Banyak lagi perkembangan menarik sedang dan akan menyusul, Kepada Allah kami berserah dalam membimbing hati kami mempunyai rasa takutkanNya dalam setiap hal dan keadaan. Apa sahaja yang terjadi sepatutnya semakin mendekatkan kami denganNya sehingga rasa hamba dapat makin menebal di dalam hati. Sekian dulu buat kali ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan