Social Icons

Ahad, 2 Mac 2014

Selamat Datang Ke Mini Ekspo Pendidikan YKPPM / RALK!!

JEMPUTAN MENGIKUTI / MENGHANTAR WAKIL MENGIKUTI MINI EKSPO
PENDIDIKAN DAN WACANA MEMBANTU REMAJA MELEPASI GEJALA SOSIAL

Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan membimbangkan. Kejadian salah laku pelajar dan remaja seperti bergaduh, merogol, pecah rumah, pencurian, membunuh, menculik dan sebagainya kerap dipaparkan di media. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup individu masyarakak dan negara.

Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia(PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah dilaporkan di seluruh Malaysia. Statistik ini sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Bagi membantu masyarakat khususnya golongan remaja dari terjebak dengan gejala ini, Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) - pada hari ini mengadakan satu program khas. Program ini dinamakan “Mini Ekspo Pendidikan Untuk Remaja – Kearah Melepasi Gejala Sosial”. Lokasi program ialah di Dataran Rumah Amal Limpahan Kasih, Kampung Seri Aman, Puchong.

Mini Ekspo ini sedang berlangsung selama satu hari bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Ianya akan diisi dengan acara jualan dan persembahan pelajar dari Sekolah Menengah Islam Global Ikhwan, Puchong. Acara kemuncaknya ialah Wacana Pendidikan – Kearah Membantu Remaja Melepasi Gejala Sosial pada malam ini. (SILA TONTON MELALUI 'LIVE-STREAMING; 'streaming.tvikhwan.tv').
 
Wacana ini akan disampaikan oleh 3 orang panel iaitu Dato' Hatijah Aam, Tuan Rasidi Abdullah dan Tuan Lokmanul Hakim Pfordten daripada YKPPM. Wacana ini akan memberikan panduan praktikal agar para remaja dapat mengelak dari terkena arus gejala yang membimbangkan ini. Untuk ibubapa, wacana ini akan memberikan gagasan berguna bagi memastikan anak-anak kita tidak terlibat dan berjaya melepasi pengaruh gejala merosakkan ini.

Bagi yang hadir, Pak Lang - mewakili penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih. Bagi yang mengikuti wacana ini melalui internet, selamat menonton - semoga kita semua dapat sama-sama meneroka alam pendidikan yang sangat-sangat diperlukan di zaman ini. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text