Social Icons

Khamis, 6 Mac 2014

Siapakah Gerangan Orang Dalam Gambar Ini?

Inilah Sultan Kelantan.. Sultan Muhammad V sedang santap bersama rakyat di atas tangga masjid. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku..

Selambanya Tuanku Sultan Kelantan, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga jemaah masjid di sebelah asyik melihat kehairanan. Inilah pemimpin atau pembesar yang mampu menaungi rakyat. Rakyat akan yakin dan memberi sepenuh hati padanya.....

Dari masa ke semasa, Pak Lang suka menyiarkan gambar atau bahan yang sebegini. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada para pemimpin dan pembesar negara supaya hidup sederhana dan merendah diri. "Ular menyusur akar takkan hilang bisanya."  Rakyat tahu niat di hati pemimpin. Ramai pemimpin yang berpura-pura menjenguk rakyat, memberi bantuan dan bertanya khabar. Rakyat yang terlibat tahu sangat mereka datang untuk mencari nama dan ada kepentingan peribadi. Walaupun ada yang ikhlas, yang berniat serong juga ramai. 

Lihat beberapa lagi gambar Sultan Kelantan di bawah:



Dalam bulatan itu merupakan Sultan Kelantan sedang mengebumikan jenazah
 
Bacalah kisah betapa amanah dan bertanggung jawabnya khalifah Umar bin Abdul Aziz. Baginda adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang puteranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
 
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Puteranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?” 

Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” 
 
Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada puteranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda ingin bincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.
 
(Ubah suai dari sumber: http://penpatah.blogspot.com/2014/03/mungkin-anda-tidak-akan-percaya-gambar.html)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text