Pada 23 Jun 2014 yang lalu telah berlangsung satu lagi pertemuan dan perbincangan hati ke hati antara GISB dan pihak berwajib. Pada tarikh tersebut, GISB HOLDINGS Sdn Bhd Negeri Sembilan telah dikunjungi wakil-wakil daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian penguat-kuasa JHEAINS, dan Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAINS.
Tujuan pertemuan ini untuk membantu program pematuhan fatwa GISB (baca bekas pengikut Al-Arqam) yang sedang berjalan di seluruh negara. Menariknya pertemuan tersebut diadakan di Dewan Perdana GISB Negeri Sembilan di Seremban Dua. GISB Negeri Sembilan yang beroperasi di Seremban Dua sememangnya terkenal dengan keunikan dan kepelbagaian aktiviti perniagaan termasuk Restoran Ayam Hainannya yang sedap.
GISB merupakan syarikat perniagaan bumiputera Islam yang paling awal meneroka perniagaan di Seremban Dua. Ketika bandar baru Seremban Dua masih lengang, kedai-kedai masih kosong tanpa penyewa, GISB sudah berani memulakan perniagaan di situ.
Bermula dengan jualan pasar segarnya pada hari pertama tidak pun sampai RM100.00, sekarang sangat lumayan jualan hariannya! Sila datang sebelah pagi untuk melihat sendiri kemeriahan pengunjung di pasar segar yang menyediakan pelbagai keperluan harian seisi keluarga ini. Pasar segar ini bolehlah dikategorikan sebagai perniagaan fardhu kifayah yang menguntungkan dari segi perolehan mudah tunainya.

Pasar Segar Ikhwan (jenama kedai GISB) menjadi pilihan masyarakat setempat sejak 14 tahun yang lalu untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian. Walaupun pasaraya besar tumbuh bagai cendawan di seluruh Seremban Dua, Pasar Segar Ikhwan tetap menjadi pilihan.
Rahsianya mungkin pada keyakinan masyarakat terhadap status halal dan kualiti barangan yang dijual selain kemesraan dan keramahan staf GISB melayan pelanggan. Alhamdulillah, ekoran dari sokongan masyarakat itulah, GISB telah membuka berbagai premis perniagaan di lokasi yang sama.
Alhamdulillah..pernah datang tahun 2008 tak silap..
BalasPadam