Apa Beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Perniagaan lain di Malaysia ?
Anak-anak Melayu sepatutnya dididik supaya hati mereka kuat dengan Allah dan berminda keusahawanan. Inilah penanda aras kemajuan yang diharapkan dapat dicetuskan oleh anak-anak Melayu. Sejak puluhan tahun aspek 'kembali kepada Allah' tidak pun ditekankan. Apa yang riuh rendah diusahakan ialah melahirkan usahawan dan jutawan Melayu. Memang lahir pun walaupun terlalu sedikit tetapi kebanyakannya jauh dengan Allah. Mereka jadi jutawan tetapi rasa tanggung jawab terhadap amanah kekayaan itu tidak ada. Jadilah mereka seperti singa menguasai habuan tangkapan - meratah lahap seorang diri dan untuk keluarganya sahaja. Belum lagi dikira betapa beraninya mereka melakukan dosa dan maksiat dengan menggunakan kekayaan melimpah-ruah itu. Dalam keadaan sedemikian, setiap orang daripada kita pasti dapat mengenali beberapa tokoh usahawan yang berbeda dari kelompok di atas. Itulah manusia yang sedar asal usul dan tahu ke mana dia akan pergi. Kita yakin jumlah mereka yang mahu menggu...