Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana yang telah menciptakan masa. Hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya merupakan makhluk ciptaan Allah.
Dalam tempuh setahun, ada bulan-bulan tertentu dengan peranan dan kelebihan masing-masing. Manakala mingguan pula, Jumaat merupakan syaidul ayyam, penghulu segala hari.
Ramadhan datang setahun sekali. Ramadhan diciptakan oleh Allah untuk hambanya merasakan lapar dan dahaga di siang hari manakala pada malamnya pula sebagai pesta ibadah.
Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan ini semua agar manusia kembali membesarkan dan mengagungkan Allah. Tanpa Allah ciptakan hari-hari tertentu dan bulan-bulan tertentu, manusia tentu tidak tahu bagaimana untuk menjadikan hari tersebut begitu meriah dan indah.
Kemeriahan sepanjang bulan Ramadhan berbeza dengan kemeriahan di bulan-bulan lainnya. Manakala kemeriahan di hari 1 Syawal pula jauh berbeza berbanding dengan kemeriahan pada hari-hari pertama pada bulan-bulan lainnya pula.
Bagaimanakah semua ini terjadi? Adakah ini hasil cetusan oleh manusia atau rekaan akal dan otak manusia?
Perayaaan atau hari-hari yang diraikan oleh manusia, tidak semeriah dan seindah hari-hari yang Allah ciptakan untuk manusia khusus merasakan kebesaran dan keagungan Allah.
Manalah manusia tahu atau pandai untuk menciptakan dan merangka agenda seperti yang telah Allah ciptakan untuk hari-hari atau bulan-bulan tertentu untuk manusia bersama Allah.
Ramadhan yang di dalamya ada Lailatulqadar sepatutnya diburu dan ditunggu dengan penuh rasa kehambaan yang begitu tinggi.
Manakala mereka yang direzekikan bertemu Lailatulqadar, maka saat dan detik tersebut sebenarnya dia mendapat kemuncak kelazatan rasa hamba yang begitu tinggi sehingga rasa-rasa itu akan dapat dikekalkan selama setahun lamanya untuk bertemu Lailatulqadar berikutnya.
Bukankah ini merupakan kegembiraan seorang hamba bersama Tuhannya? Kemeriahan dan keindahan yang berada dalam hati seorang hamba yang merasakan dirinya hamba sehamba-hambanya kepada Allah.
Rasulullah saw adalah contoh paling tepat dalam menghidupkan bulan Ramadhan seterusnya merayakan 1 Syawal.
Rasulullah saw adalah seorang yang paling berkuasa, terkenal dan paling berpengaruh di kalangan manusia. Baginda telah mengubah dan mencipta sejarah dan sebuah tamadun peradaban manusia yang paling gilang gemilang. Kenyaatan ini tidak pernah berlaku sebelumnya dan tidak akan ada mana-mana tokoh pun mampu menandingi selepasnya.
Namun dalam kenyataan hidup Baginda Rasulullah adalah orang hidup miskin, sederhana dalam semua hal, sangat merendah diri, berkasih sayang sesama manusia dan paling kuat meraikan orang-orang susah, miskin dan terhina.
Sifat hamba Rasulullah saw ketara bila mana sangat berlapang dada di atas penghinaan manusia terhadap Baginda. Malah Baginda masih boleh berdoa untuk kebaikan kepada musuh-musuhnya. Begitulah sifat kehambaan yang sebati dalam diri Rasulullah saw.
1 Syawal sepatutnya adalah hari kita merayakan keagungan dan kebesaran Allah yang menciptakan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan Syawal yang berkat. Mensyukuri dan merasakan kebaikan Allah dijadikan acara dan agenda utama dalam berhari raya. Jadilah 1 Syawal hari kita melaungkan takbir sejak selepas maghrib hingga sebelum menunaikan solat sunat aidul fitri.
Selama sebulan Allah paksakan kita merasakan sebagai hamba yang lemah dan hina dengan disyariatkan berpuasa, maka selepas itu pula Allah jugalah yang mengizinkan kita bergembira di hari raya.
Maka sudah sepatutnyalah Allah yang Maha Agung, Maha Besar, Maha Baik itu teruslah menghiasi hati kita sepanjang merayakan hari raya.
Tidak cukup sekadar itu, kerinduan yang bersangatan kepada Rasulullah saw juga terus memenuhi perasaan seorang hamba yang sedar betapalah tanpa Rasulullah saw, Ramadhan dan Syawal tidak akan terjadi sepertinya ini.
Perasaan dan hati yang dapat merasakan betapalah hebatnya Allah Yang Maha Agung lalu terasa takut setakutnya kepada Allah inilah yang dikatakan fitrah semulajadi manusia. Orang seperti inilah yang layak merayakan idul fitri, iaitu hari meraikan kelahiran semula ‘fitrah’ yang murni.
Jiwa seorang hamba yang dipenuhi perasaan kehambaan seperti ini akan menjadikan dia sangat mengharapkan Allah mahu memandangnya dengan penuh rahmat. Hatinya begitu gerun dengan Allah Yang Maha Perkasa yang boleh bertindak bila-bila sahaja terhadap ciptaanNya tanpa terlebih dahulu perlu berbincang dengan siapa-siapa pun.
Ketakutan dan perasaaan gerun kepada Allah Yang Maha Berkuasa ini disulami dengan rasa rindu serindu rindunya kepada Nabi Muhammad saw sebagai pembawa rahmat seluruh alam. Inilah perasaan seorang hamba yang bertaqwa semasa menyambut 1 Syawal.
Jadilah 1 Syawal untuk orang bertaqwa itu jauh berbeza dengan orang yang lalai menyambut 1 Syawal.
Orang awam menyambut 1 Syawal dengan berlalai-lalai, bermewah-mewah, bermegah-megah dan sehingga ada yang menderhakai Allah.
Balik kampung, baju baru, kuih muih, jamuan dan kegembiraan hari raya telah menjauh umat Islam daripada Allah sebagai Tuhannya dan melupakan Nabi Muhammad saw selaku pemimpin dan penyelamat mereka.
Moga 1 Syawal kali ini kita dapat perbetulkan dan perbaiki supaya kita dapat berhari raya bersama Allah dan Rasul. Moga sepanjang hari raya ini Allah dan Rasul bukan sahaja menjadi ucapan dalam takbir dan tahmid, tetapi benar-benar Allah dan Rasul itu menjadi perasaan yang memenuhi hati dan jiwa kita.

KREDIT UNTUK BLOG BANDAR TUA
0 ulasan:
Catat Ulasan