Social Icons

Rabu, 30 Julai 2014

Apa Beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Perniagaan lain di Malaysia ?

Anak-anak Melayu sepatutnya dididik supaya hati mereka kuat dengan Allah dan berminda keusahawanan. Inilah penanda aras kemajuan yang diharapkan dapat dicetuskan oleh anak-anak Melayu. Sejak puluhan tahun aspek 'kembali kepada Allah' tidak pun ditekankan. 

Apa yang riuh rendah diusahakan ialah melahirkan usahawan dan jutawan Melayu. Memang lahir pun walaupun terlalu sedikit tetapi kebanyakannya jauh dengan Allah. Mereka jadi jutawan tetapi rasa tanggung jawab terhadap amanah kekayaan itu tidak ada. Jadilah mereka seperti singa menguasai habuan tangkapan - meratah lahap seorang diri dan untuk keluarganya sahaja. Belum lagi dikira betapa beraninya mereka melakukan dosa dan maksiat dengan menggunakan kekayaan melimpah-ruah itu. 

Dalam keadaan sedemikian, setiap orang daripada kita pasti dapat mengenali beberapa tokoh usahawan yang berbeda dari kelompok di atas. Itulah manusia yang sedar asal usul dan tahu ke mana dia akan pergi. Kita yakin jumlah mereka yang mahu menggunakan kekayaannya untuk membantu orang lain berjaya semakin ramai. Mereka tahu mereka akan ditanya dan dipersoalkan bagaimana anugerah nikmat Allah itu dibelanjakan.

Antara mereka ialah Allah Yarham Datuk Salleh Majid - Sila baca:


Al-Fatihah untuk Datuk Salleh Majid  yang telah pulang ke Rahmatullah.
 
Saya pernah membaca buku beliau bertajuk “Budaya Usahawan” yang menekankan bahawa budaya makan gaji perlu diubah dikalangan mahasiswa dan usahawan. Buku ini padat dengan nasihat dan saranan praktikal yang diberi dengan gaya santai dan bersahaja.

Beliau mungkin adalah orang yang paling memahami bahawa untuk membentuk usahawan yang berjaya dikalangan orang Melayu, usaha perlu dijalankan bermula dari akar lagi. Iaitu membentuk minda keusahawanan sejak dari kecil.

Apa beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Korporat lain ?

Melalui pemerhatian saya, di Malaysia terdapat satu kekosongan di mana orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan korporat jarang berjuang juga untuk membentuk orang lain menjadi lebih berjaya. Mereka jarang berkongsi pandangan dan nasihat mereka yang didahagakan oleh usahawan-usahawan kecil.

Boleh jadi ia disebabkan usaha ini adalah satu usaha yang membuang masa dan tidak mendatangkan hasil dari aspek kewangan. (Kita sedar bahawa usahawan adalah orang yang menilai perkara mengikut kayu ukur untung-rugi).

Inilah bezanya dengan Datuk Salleh Majid. Beliau tidak seperti yang lain, tanpa mengenal penat lelah sehingga akhir hayat beliau, beliau menulis mengenai bidang keusahawanan, perniagaan dan ekonomi. Tulisan dan biodata beliau menjadi rujukan pelajar sekolah menengah dan universiti untuk memahami mengenai ekonomi dan perniagaan.

Tulisan beliau juga yang tidak menggunakan jargon-jargon ekonomi dan bergaya santai membuatkan orang yang tidak memahami konsep ekonomi juga mudah untuk membaca dan mendapat sesuatu daripada penulisan itu.

Mungkin beliau sedar, untuk seseorang menjadi kaya dan berjaya seperti beliau, mereka perlukan apa yang beliau perolehi dalam hidup beliau. Ilmu dan pengalaman beliau tidak seharusnya disimpan untuk diri sendiri. Ia perlu untuk dikongsi untuk anak bangsa beliau.

Namun kini, beliau tidak ada lagi bersama kita. Tidak ada lagi kolum beliau di Utusan Malaysia. tidak ada lagi buku baru daripada beliau. Namun buku dan tulisan beliau tetap akan hidup dan mekar membantu usahawan-usahawan kecil seperti kita yang sedang membangun dan ingin berjaya seperti beliau.

Al-fatihah 
KREDIT UNTUK BLOG SHAHABUDEEN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text