Setiap menjelang Ramadhan, di Malaysia khususnya akan diwarnai dengan tiga macam aktiviti dengan peranan masing-masing.
Bazar menjual juadah berbuka dan persiapan hari raya. Jamuan berbuka puasa dan selepas solat terawih popular disebut moreh. Sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, fenomena imam bertaraf hafiz pula menjadi kebanggaan atau ‘kegilaan’ baru para jemaah terawih.
Bazar menjual juadah berbuka lebih awal menyambut Ramadhan. Setengah tempat yang ‘panas’, 45 hari sebelum 1 Ramadhan, tapak bazar telah sedia ditempah atau telah pun siap diagihkan.
Bergaduh dan sehingga adanya sanggup memberi suapan, tumbuk rusuk atau rasuah tidak dinafikan dalam perebutan mendapatkan tapak yang berpotensi memberikan pelangan lumayan sepanjang Ramadhan.
Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan pesta ibadah, taubat dan memperbanyakan amalan sedekah, pengorbanan dan menguatkan kasih sayang disambut sebaliknya oleh sebahagian yang berebut peluang berniaga.
Bila perniagaan dibangunkan bukan untuk tujuan membesarkan Allah dan Islam, begitulah jadinya. Maka tidak hairan ramai umat Islam yang dilalaikan oleh bazar sepanjang Ramadhan samaada yang berniaga, tidak terkecuali para pelanggannya.
Jamuan berbuka dan moreh selepas solat terawih merupakan lapangan orang kaya dan berkemampuan berinfak demi mendapat balasan yang setimpal dengan keikhlasan mereka di sisi Allah.
Suatu ketika dulu, inilah peluang orang politik mendekati para pengundi mereka. Menjamu dan berjemaah bersama di kawasan masing-masing menjadi agenda politik berunsur agama.
Begitu juga para kapitalis yang mengaburi mata umat Islam. Mereka berderma dan menyumbang sejumlah wang dengan tujuan tersembunyi iaitu untuk mengukuhkan penguasaan pasaran di kalangan orang Islam.
Tidak kurang pula orang kaya yang mencari nama dan popularity dengan meletakkan nama tertera di papan kenyataan tentang sumbangan berbuka atau jamuan moreh disusun mengikut jumlah yang dibelanjakan.
Sekali pun budaya seperti yang disebutkan di atas semakin kurang, kini muncul budaya baru iaitu meraikan anak-anak yatim dan asnaf zakat.
Setengah tempat akan menjemput setiap petang sebilangan anak-anak yatim dan asnaf zakat ke majlis berbuka puasa. Majlis yang dihadiri tokoh pemimpin bahkan Sultan sudah tentunya akan disulami dengan pemberian sedikit sumbangan tunai untuk meraikan golongan tersebut.
Apa yang menyedihkan, kadang-kadang kehadiran anak-anak yatim dan asnaf zakat ini tidak diselia dengan baik samada oleh pihak penjaganya atau penganjur program.
Sepanjang diperhatikan di beberapa tempat, sering terjadi anak-anak yang masih diperingkat sekolah rendah ini berkeliaran ke kawasan bazar berhampiran atau di sudut-sudut tertentu di sekitar perkarangan masjid.
Tidak dapat dipastikan bahawa ada di kalangan mereka yang tertinggal solat maghrib, isyak apa lagilah terawih. Lebih menyedihkan lagi, peluang beginilah diambil kesempatan oleh anak-anak yang sedang terdedahkan dengan budaya ‘berpasangan’ mencari pasangan atau membuat temujanji haram mereka.
Majlis yang sepatutnya menjadi pertemuan kemurahan orang kaya dengan keperluan orang yang kurang bernasib baik menjadi sebaliknya iaitu terjadinya maksiat dan kelalaian yang menyimpang jauh dari tujuan asalnya.
Solat sunat terawih yang diimamkan seorang hafiz satu tarikan baru. Tidak pastilah berapa peratus sumbangangnya sehingga mendorong para jemaah membanjiri mana-mana masjid atau surau yang berimamkan seorang hafiz.
Fenomena ini menjana sejenis pelaburan pula. Keghairahan mendapatkan imam hafiz, memiliki suara dan bacaan yang sedap ditambah lagi mempunyai nama besar di persada tanahair dan antarabangsa menjadi perlumbaan di kalangan masjid-masjid sehingga sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk itu.
Memang ada masjid yang mampu, silakanlah. Bahkan mereka juga mampu menyediakan lebih banyak jamuan untuk sesiapa saja yang ingin berbuka secara percuma.
Apa yang perlu diberikan perhatian ialah soal penghayatan ibadah. Ibadah bukan sekadar perlakuan tubuh badan yang zahir atau fizikal. Ibadah mesti dilakukan dengan roh.
Kadang-kadang bacaan yang sedap dialunkan oleh imam untuk memenuhi kehendak penganjur dan para makmum. Manakala makmum pula datang membanjiri masjid bersolat terawih kerana didorong oleh persaingan dalam masyarakat yang bermegah-megah kerana menghadiri solat terawih bersama imam seorang hafiz dan tersohor.
Roh ibadah tidak diberikan perhatian malah kadang-kadang tidak dipedulikan langsung. Maka jadilah ibadah kita ibadah bangkai. Lahirnya nampak macam bagus, banyak dan meriah.
Ibadah yang tidak ada roh, samalah seperti orang yang tidak ada nyawa. Sekalipun dia seorang ratu cantik yang masih muda, tenama dan sempurna, tapi apa maknanya kalau hanya fizikal yang sudah tidak bernyawa. Begitulah keadaannya dengan ibadah yang tidak ada roh.
Roh ibadah ialah ‘rasa’. Ibadah mesti disertakan dengan rasa. Rasa terletak di hati. Bukan pada telinga, mata, kaki, tangan atau mana-mana anggota lahir.
Apakah rasa-rasa yang perlu dihadirkan ke dalam hati semasa kita sedang beribadah?
Rasa malu, rasa syukur, rasa lemah, rasa takut, rasa cemas, rasa bimbang, rasa diawasi, rasa sedang diperhati, rasa hebat dan bangga Allah sebagai Tuhan, rasa cinta, rasa rindu dan rasa yang seumpamanya. Rasa-rasa ini wajib dihadirkan sepanjang kita beribadah. Malah perlu dikekalkan sehingga di luar ibadah.
Bila rasa-rasa hamba ini dapat dihadirkan ke dalam hati semasa beribadah barulah ibadah tersebut ada roh. Bila dapat pula dikekalkan di luar masa ibadah, maka itulah yang dikatakan buah ibadah.
Sebagai contoh semasa kita berterawih kenalah datangkan rasa malu kepada Allah. Malu kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan, tidak sempat bahkan tidak akan mampu kita syukuri. Tetapi Allah terus menerus melimpahkan nikmat-nikmatNya kepada kita tanpa jemu. Seolah-olah kita tidak pernah melakukan apa kesalahan dan dosa kepada Allah atau seakan-akan Allah tidak pandang pun pada dosa dan kesalahan kita.
Dalam masa yang sama juga perlu ada rasa takut, cemas dan bimbang takut-takut dosa kita Allah belum ampunkan. Bukan setakat belum diampunkan, tetapi kita takut rupanya nikmat yang Allah berikan kepada kita ini hanyalah merupakan istidraj iaitu pemberian Allah atas dasar benci atau murka. Na’uzubillah.
Semasa kita beribadah, hati kita juga kena ada rasa syukur, rasa cinta dan rasa rindu pada Allah yang Maha Baik dan Maha Berjasa kepada kita. Merasakan kebaikan-kebaikan dan nikmat-nikmat yang tidak terhitung akan menjadikan hati kita rasa terhutang budi kepada Allah Yang Maha Baik.
Merasakan Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang sekalipun kepada kita yang sentiasa berdosa ini akan mendorong hati untuk rasa syukur, cinta dan rindu kepada Allah. Begitulah serba ringkas roh ibadah.
Sudahkah rasa-rasa hamba terutamanya di sepanjang Ramadhan yang telah kita lalui ini diringi rasa-rasa hamba seperti yang digambarkan?
Jika belum, marilah kita usahakan pada hari-hari dan malam-malam yang masih berbaki.
Tetapi jika sudah ada walau pun sedikit, bersyukurlah dan pertingkatkan lagi sehingga benar-benar mencapai maksimum. Perasaan ini bukan sahaja perlu semasa beribadah dan di sepanjang Ramadhan tetapi selama kita hidup di dunia ini.
Perasaan kehambaan inilah yang akan membuatkan hati menjadi tenang dan bahagia. Bahagia di dunia dan pastinya akan memberikan kebahagiaan kekal abadi di Akhirat.
KREDIT UNTUK BLOG BANDARTUA

0 ulasan:
Catat Ulasan