Social Icons

Ahad, 20 Julai 2014

Kisah Seorang Doktor dan Ustaz

Seorang doktor yang terkenal bukan sahaja saja pada ilmu perubatannya, tetapi juga sikapnya yang luar biasa. Doktor ini sangat berhemah dan baik hati, dan selalu membantu mereka yang susah melebihi apa yang patut.

Satu hari ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, doktor terserempak seorang ustaz di tepi jalan dan menawarkannya untuk turut menaiki kenderaan mewahnya.
Sepanjang perjalanan tersebut, doktor tersebut mula menyebut-yebut mengenai kebaikannya. 

“Apabila pesakit datang jumpa saya dan tidak mampu bayar, saya tetap melayannya seperti pesakit yang lain yang mampu membayar,” kata doktor itu dengan bangga.

“Oh hebat,” kata ustaz. “Saya juga lakukan perkara yang sama.”

Doktor itu terkejut. Di hatinya terbisik, “Ada orang seperti aku? Tapi ustaz ini nampak seperti ustaz biasa… tak ada sijil doktor langsung, macammana boleh merawat orang? Mungkin, dia hanya bagi nasihat agama seperti aku bagi rawatan kot?”

Tergelak doktor itu sendiri tentang apa yang diilusikan mindanya sendiri. Doktor ini mencuba lagi.

“Kalau pesakit itu tak boleh bayar, saya sponsor ubat-ubat untuk mereka juga,” kata doktor itu.

“Oh ya ka. Saya pun,” jawab ustaz itu. Jawapan ustaz itu menyebabkan doktor itu ternganga.

“Macammana ustaz boleh bagi ubat pada pesakit suka-suka tanpa sijil doktor. Mungkin ustaz itu hanya bermaksud kalau orang perlukan bantuan, dia juga bagi free kot,” bisik di hati doktor itu.

Tidak puas hati, doktor itu menghebohkan lagi kebaikkannya, “Kalau saya jumpa pesakit yang tak mampu bayar bil dan ubat, dan perlu ke tempat lain untuk membuat rawatan susulan, saya bayar teksi untuk mengambil mereka ke sana pergi dan balik ke rumah,” kata doktor itu sambil meninggikan sedikit suara.

“Ah ha… saya pun buat benda yang sama,” jawab ustaz tersebut.

Kali ini doktor tersebut hilang sabar dan menjawab dengan sinis… “Ustaz yang amat hebat ini, saya tak faham apa yang ustaz kata. Ustaz ini doktor ke? Boleh ke ustaz bagi nasihat perubatan dan ubat-ubat, atau bayar sewa teksi untuk pesakit ulang-ali macam saya? Apa maksud ustaz bila ustaz kata ‘Saya pun buat benda yang sama?’”

Ustaz itu tersenyum dan jawab, “Saya cuba memberitahu doktor bahawa, saya pun hanya bercakap tentang kebaikan yang saya lakukan. Hal-hal yang baik sahaja yang saya ceritakan kepada orang. Benda yang saya silap atau salah atau tidak elok, saya tak pernah cakap pun. Itulah maksud saya, 'sama seperti doktor'.”

Wahai anakku,
Janganlah kamu bersikap seperti doktor itu yang selalu menyebut-yebut mengenai kebaikannya dan merasakan dirinya hebat. Jika kamu ikhlas melakukan kebajikan, kamu tidak perlu menghebohkannya untuk mendapat balasan mahupun nama.

Sesungguhnya selalu beringatlah wahai anak kesayanganku, bahawa pahalamu masih sedikit berbanding dosamu, supaya kamu kekal dalam keadaan rendah diri dan cekal berusaha mendapat keredhaan Tuhanmu.
 
Senyum Ramadan.
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text