Social Icons

Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: Malaysia Perlu Bermuhasabah!!


Blog suaramuhajirin melahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi MH17. Semua rakyat Malaysia memahami perasaan semua anggota keluarga mangsa terbabit. Sebagai warga negara Malaysia yang biasa menggunakan perkhidmatan MAS samada terbang di dalam negeri atau ke luar negara, tragedi seumpama itu boleh berlaku kepada siapa sahaja dan di mana sahaja. 

Gunalah pesawat negara atau syarikat mana sekalipun, risiko kemalangan dan kematian tetaplah wujud. Sebab Pak Lang sebutkan dalam tajuk paparan sebelum ini bahawa MH17 berada di lokasi dan masa yang tidak sepatutnya (wrong place at the wrong time!!). Begitu banyak pesawat terbang berlegar di angkasa Ukraine tetapi yang kena tembak ialah MH17. Itulah taqdir dan ketentuan Allah. 

Kalau di negara Rusia atau Ukraine atau negara-negara berdekatan

Ukraine merupakan sebuah negara di Eropah Timur. Ia bersempadan dengan Russia timur, Belarus ke utara, Poland, Slovakia dan Hungary ke barat, Romania dan Republic Moldova di tenggara, dan Laut Hitam dan Laut Azov di selatan. Bandar Kiev merupakan ibu negara.
Tentulah yang paling banyak berlegar di kawasan tersebut adalah pesawat-pesawat dari negara-negara berdekatan bahkan Ukraine sendiri merupakan gabungan 24 oblast (jajahan) dan satu repbulik autonamous (Crimea). 
Dengan jumlah penduduk seramai 46 juta orang, serta bentuk muka bumi bergunung ganang, penggunaan pesawat udara adalah suatu yang lumrah. Jika mahu dikatakan tersilap, kenapa ianya tidak tersilap menembak puluhan bahkan ratusan pesawat lain yang menggunakan ruang angkasa yang sama setiap hari? 
Sebab itu kita merasakan ianya memang untuk menguji Malaysia!! Ada hal yang perlu Malaysia muhasabahkan. Itulah yang sebenarnya apa yang Allah kehendaki. Cukuplah MH370 belum kita ketahui hujung pangkalnya, MH17 pula yang menyusul. Ianya benar-benar kuasa Allah yang ditunjukkanNya kepada dunia yang semakin jauh melupakan bahkan menentang Allah!! 

Dalam Al Quran Allah telah berfirman, ertinya:
Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa bala bencana, mereka berkata: “sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah yang mendapat keampunan dan rahmat dari tuhan mereka. Merekalah yang mendapat hidayah.” (Al-Baqarah, 155-157)

Sabda Nabi Muhammad SAW ertinya:
Tidaklah mengenai sesuatu bencana kepada seorang lelaki atau lebih dari itu, sehingga duri yang mengenainya melainkan kerana salah satu daripada dua perkara; samada untuk diampuni dosanya oleh Allah, yang tidak terampun melainkan dengan memberikan kesusahan seperti itu; ataupun untuk dia mencapai kemuliaan yang ia tidak dapat sampai kepadanya selain dengan kesusahan seperti itu." (Riwayat Ibnu Hibban)
Sabda Nabi SAW:
لا يصيب المؤمن من مصيبة ، حتى الشوكة ، إلا قص بها من خطاياه ، أو كفر بها من خطاياه
"Seorang mukmin tidak ditimpa musibah walaupun dicucuk duri kecil kecuali dibuang dari dosa-dosanya atau dihapuskan dosa-dosanya" (Riwayat Muslim)
Sebagai umat Islam inilah keimanan kita. Janganlah kita melupakan Allah. Janganlah hendak mengelak dari mengaku salah dengan Allah. Jika tidak diuji pun kita kena meminta ampun dan mengaku salah apatah lagi jika kapal terbang milik syarikat negara kita dengan sejumlah hampir 300 nyawa hilang begitu saja tanpa kita mahu merenung diri. 
Janganlah terlalu mencari sebab-sebab lahir. Banyak perkara yang menjadi perhatian Allah yang perlu kita renung dan perhatikan. Allah maha kuasa dan sedikit pun kita tidak terlepas dari kuasa dan perhatianNya!! Semoga umat Islam yang terkorban dalam tragedi ini diampunkan dosa-dosa mereka dan diberikan layanan istimewa daripadaNya di dalam syurga yang kekal abadi. AlFatehah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text