Social Icons

Sabtu, 26 Julai 2014

Zulkifli Albakri dilantik mufti baru Wilayah Persekutuan



 
Dr Zulkifli Mohamad Albakri (gambar) diisytiharkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ketujuh untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 20 Jun lalu menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu.
 
Beliau yang juga Tokoh Maal Hijrah 2014 peringkat negeri Terengganu, telah menjalankan tugas pertamanya melihat anak bulan Ramadan pada 27 Jun lalu bagi menentukan tarikh permulaan puasa.
 
Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu ini merupakan pemegang ijazah doktor falsafah dalam bidang pengkhususan pengeluaran fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Arab, Syria.
 
Zulkifli pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selain menjadi Pakar Rujuk Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Panel Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text