Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Berpuasa boleh memberi kesan luar biasa. Berpuasa menjadikan seseorang hamba Allah mendapat rasa takut dengan Allah yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Tentu kita akui, sepanjang 11 bulan dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai hal yang merosakkan hati kita dengan ALLAH. Kita telah dikuasai nafsu, syaitan dan sistem hidup yahudi sepenuhnya.
Berpuasa boleh memberi kesan luar biasa. Berpuasa menjadikan seseorang hamba Allah mendapat rasa takut dengan Allah yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Tentu kita akui, sepanjang 11 bulan dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai hal yang merosakkan hati kita dengan ALLAH. Kita telah dikuasai nafsu, syaitan dan sistem hidup yahudi sepenuhnya.
Allah SWT, yang menjadikan manusia, tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit manusia. Berpuasa dan ibadah-ibadah tambahan Ramadhan itu mampu menyelesaikan masalah-masalah selama setahun.
Ramadhan adalah madrasah rohaniah untuk membersih semula kekotoran setahun yang terjadi sehingga manusia mendapat semula rasa hamba yang hina sehina-hina di sisi Allah. Madrasah Ramadhan inilah madrasah yang diharapkan dapat menjadikan kita takut setakut-takutnya dengan Allah.
Terangkum di dalam Ramadhan itu ialah ibadah puasa, terawih, baca Quran, zikir, tasbih dan yang paling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu. Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi.
Hanya orang yang mampu melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa iaitu rasa takut kepada Allah. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri.
Orang-orang yang tahu selok beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah. Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja yang sanggup tersiksa demi mendapatkan rasa takut kepada Allah.
Madrasah Ramadhan disediakan Allah dengan kemudahan yang cukup istimewa - hanya untuk mereka yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan taqwa. Allah
beri galakan dengan 'Malam Lailatul Qadr' yang sangat istimewa. Allah
janjikan ganjaran berlipat kali ganda bagi setiap amal ibadah di bulan
Ramadhan.
Allah belenggukan iblis dan syaitan, Allah bukakan pintu rahmat dan keampunan seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya dan dijanjikan kelepasan dari siksa neraka bagi mereka yang istiqamah menghayati madrasah Ramadhan.
Allah SWT memerintahkan puasa Ramadhan adalah semata-mata untuk bertaqwa kepadaNya. Inilah madrasah Ramadhan yang mampu membaik-pulih jiwa, fikiran dan fizikal kembali untuk mendapatkan rasa-rasa yang setepat-tepatnya kepada Allah swt.
(Tolong kami ya Allah!!)
0 ulasan:
Catat Ulasan