GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan
pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri
Ukraine.
Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’
menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu,
kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.
Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas
di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan
Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa
pernah menembak jatuh pesawat lain.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine,
Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu
dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia
ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”
“sistem anti-pesawat Buk”
Laporan agensi juga memetik pemimpin
pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi
pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.
Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan
pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang
setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.
Ukraine menuduh Russia memainkan peranan
aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh
jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine – tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera pemberontak, rakyat Russia
bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum
laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak
jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. – Reuters
0 ulasan:
Catat Ulasan