Social Icons

Rabu, 9 Julai 2014

Pilihanraya Presiden Indonesia: 186 Juta Mengundi Hari Ini.

 
BOGOR: Pemimpin Parti Gerindra yang membentuk Gabungan Merah Putih menyokong calon Presiden, Prabowo Subianto sempat meluangkan masa menonton perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Jerman awal pagi Rabu.

Bagaikan tiada tekanan, kehadiran pemimpin parti dan ribuan penyokong itu hanya beberapa jam sebelum lebih 186 juta rakyat Indonesia mengundi untuk pemilihan presiden (Pilpres) baharu mereka. Prabowo dan penyokongnya berkumpul di Kelab Polo Nusantara di Kranggan, di sini.
Dia dijadual membuang undi kira-kira pukul 9 pagi Rabu (waktu Malaysia). Acara awal pagi itu berlangsung meriah dengan ratusan penduduk setempat berkumpul di kawasan padang bola kelab itu. Mereka mengikuti perlawanan itu melalui tiga skrin besar yang dipasang penganjur di situ. Selain Prabowo, turut hadir Timbalan Ketua Dewan Pembina parti itu, Hashim Djojohadikusumo dan Timbalan Ketua Umumnya, Edhy Prabowo.

Rakyat Indonesia yang tersenarai dalam daftar pemilih yang dikelola Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan membuat pilihan di antara Prabowo, yang pernah menjadi pegawai kanan tentera dengan Gabenor Jakarta yang mewakili Parti Demokrasi  Indonesia Perjuangan, Joko “Jokowi” Widodo.

Sementara itu, dua syarikat gergasi enjin carian Internet membuat ramalan  masing-masing semalam. Menurut Google, pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla akan muncul sebagai pemenang tetapi dengan perbezaan yang tipis. Sebaliknya enjin carian Bing yang dimiliki Microsoft pula menjangkakan gandingan Prabowo-Hatta Rajasa akan mengungguli persaingan.

Menurut Google, carian kata kunci “Jokowi” menunjukkan mereka memperoleh 51.27 peratus berbanding dan “Prabowo” 48.73 peratus. Analisis Bing pula menunjukkan Prabowo–Hatta memperoleh 64 peratus berbeza dengan Jokowi–Jusuf Kalla 36 peratus. (mStar)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text